Semoga semuanya berjalan lancar

Untitled1

Sudah masuk hari yang ke-enam, pesawat MAS MH370 masih gagal dikesan di mana-mana, sama ada di kawasan Laut China Selatan, Selat Melaka, Lautan Andaman, di kawasan darat (setakat ini hanya di Vietnam), MH370 masih gagal dikesan sehingga kini.

 

Setakat hari ini, sudah 12 buah negara yang datang membantu Malaysia bagi mencari pesawat yang hilang sejak Sabtu yang lalu, tetapi sehingga kini, tiada khabar atau berita terkini tentang jumpanya bangkai pesawat, sebaliknya iaah hanya spekulasi atau pun objek yang sebenarnya bukanlah dari MH370 itu sendiri.

 

Saya tidak mahu menulis panjang atau nak menulis spekulasi. Saya memohon kepada pengguna tegar facebook  daan suka berspekulasi, sudah-sudah lah tu… Hentikanlah. Kasihan kepada ahli keluarga malang yang terlibat dengan hilangnya ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat.

 

Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk ke semua penumpang-penumpang MH370, semoga anda semua akan dijumpai oleh pasukan penyelamat.