SKMM sila sekat web porno…..

Malaysia ini negara yang cukup bebas. Orang Amerika cakap caj internet di Malaysia adalah  yang termurah dan disebabkan murah, Malaysia cukup bebas mengakses apa sahaja laman web tanpa sekatan. Tidak kiralah sama ada benda yang baik atau benda yang tidak baik, kita tetap dapat mengakses tanpa sekatan. Baiknya SKMM….

 

Saya pernah menulis sebuah artikel berkenaan dengan web porno yang begitu senang diakses di mana-mana sahaja di Malaysia. Apatah lagi sudah terlalu banyak website yang boleh menonton video porno secara percuma. Oleh itu sudah tiba masanya kerajaan melalui SKMM bertindak untuk menghalang jika tidak boleh semua, sebahagian website yang boleh merosakkan anak bangsa Melayu kita disekat dari terus di akses. Walau dengan apa cara sekali pun, akses kepada web porno mesti disekat, tidak kira secara terus atau menghalang akses melalui proksi.

 

Jika nak harapkan pengguna sendiri untuk memasang ‘Adult Filter’, saya jamin bahawa tidak semua pengguna internet sekarang sudi memasang ‘Adult Filter’ tadi. Dan masalah utama ialah kebanyakan website boleh diakses melalui Smartphone dan jika menonton melalui Smartphone, hanya perlu memindah terima (download) sebelum dapat menonton. Oleh itu, penyelesaian terhadap masalah pornografi ini hanya boleh diselesaikan melalui sekatan akses melalui SKMM. Hanya SKMM yang mampu melakukannya.

 

Hampir 60% orang di Malaysia yang pernah menonton cerita porno ini akan ketagih untuk menonton video porno ini dan menjadi ‘habit’ terutamanya remaja belasan tahun yang baru nak akil baligh…  Itu yang memanjang sahaja masuk bilik air, buat perkara yang merosakkan diri sendiri atau pun merogol anak orang.. Maka SKMM yang akan saya salahkan jika berlaku kejadian sebegini…. Takkan nak tunggu berita TV lelaki merogol pelajar perempuan selepas menonton porno…. , baru nak ambil tindakan!