Persatuan Ibu Bapa dan Guru – Hanya Pada Nama?

image

Setiap sekolah yang ada di Malaysia ini, mesti tidak sah jika dikaitkan dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). Mana-mana sekolah pun di Malaysia ini mesti ada persatuan yang terbesar ini, yang menghubungkan di antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa. Anda sebagai ibu bapa mempunyai anak yang sudah bersekolah, anda tahu yang anda adalah ahli persatuan secara automatik?

 

Jawapannya adalah mungkin anda tidak tahu, atau anda buat-buat tak tahu?

 

Apa yang saya perhatikan dan sebagai salah seorang bapa, tidak semua ibu bapa tahu yang mereka adalah ahli PIBG secara automatik walaupun anak mereka bersekolah di sekolah tersebut. Malah ada yang tidak tahu sebenarnya apa peranan PIBG dalam menjalinkan hubungan di antara pihak sekolah dan ibu bapa serta peranannya dalam membantu membangunkan sekolah itu sendiri…

image

PIBG ditubuhkan mesti ada sebabnya Jika berpersatuan mestilah ada aktiviti dan tidak semestinya aktiviti hanya berkisar pada mensyuarat semata-mata. Di PIBG, pihak ibu bapa boleh memberikan dan mengusulkan cadangan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah, macam cadangan membaik pulih padang sekolah yang tak ada rumput ke… atau pun tukar tiang gol yang hanya menunggu masa menyembah bumi! Anda sebagai ibu bapa berhak menyuarakan pendapat.

 

Tetapi, PIBG masih dipandang ‘tidak penting’ oleh sebilangan guru dan ibu bapa. Di pihak guru, jika mereka bukan ahli jawatankuasa (AJK), biasanya mereka tidak datang ke mensyuarat. Jika ibu bapa, lagi le kalau tidak ada surat jemputan, tak akan datang punya le… Oleh itu jika kita tak datang mesyuarat, macam mana nak tahu apa aktiviti yang dirancang? Kesian pada Yang Di Pertua PIBG..

 

Dan bagi pihak PIBG sekolah itu sendiri, kadang-kadang saya perhatikan kalau yang datang mesyuarat itu pun, alaaahaiii.. Mak bapak yang datang pun kadang-kadang datang pun tak sampai 30 orang… Pelajar sekolah sampai 1500 orang, takkan yang datang cuma 2% ibu bapa sahaja? Ini menunjukkan bahawa PIBG hanya pada nama sahaja, tetapi ahlinya yang macam tak ambil kisah. Samalah macam tak ambil tahu apa yang anak mereka buat di sekolah.

 

Bagaimana AJK PIBG boleh mengaktifkan PIBG itu sendiri dan seterusnya bekerja bagi memajukan tahap pendidikan yang kian mencabar melalui suara PIBG? Jawapannya ialah tindakan proaktif PIBG bagi menggalakkan ibu bapa ( dan mungkin juga guru yang jarang ada masa meeting PIBG ) untuk hadir ke mesyuarat dan seterusnya membincangkan agenda-agenda yang asas. Macam mana nak menggalakkan ibu bapa untuk hadir ke mesyuarat pula? Mungkin PIBG boleh mengutuskan surat jawapan (melalui pelajar/ anak mereka) sama ada ibu bapa boleh datang ke? Jika jawapannya ada 30% ibu bapa yang hendak hadir ke mesyuarat, saya rasa ini cukup bagus… Atau pun menelefon setiap ibu bapa untuk memberitahu ada meeting pada sekian haribulan…

 

Jika PIBG tidak proaktif bagi memanggil ahlinya untuk datang meeting, maka PIBG hanyalah pada nama….!