Guru pening kepala bila….

Kerjaya sebagai guru, tidak kira sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah semakin mencabar. Kalau dahulu, guru dianggap kerjaya yang dihormati dan juga disegani oleh segenap lapisan masyarakat, tetapi hari ini kerjaya guru hanya dipandang enteng, malah ibu bapa sekarang pun dah hilang ‘respect’ mereka pada guru.. walhal mereka sebelum ini pun belajar daripada guru juga… Guru pada era kini semakin pening apabila….!

 

1. GURU DAHULU – jika ada mesyuarat pada sesi pagi, guru sesi petang tidak diwajibkan datang. Hanya perlu datang apabila mesyuarat diadakan di sebelah petang. Kebiasaannya mesyuarat diadakan pada waktu sekolah berlangsung dan jarang ada mesyuarat diadakan pada sebelum waktu sekolah atau pun selepas waktu sekolah…

GURU SEKARANG – Jika ada mesyuarat dengan guru besar / pengetua pada sesi pagi, guru yang mengajar di sesi petang pun kena hadir awal dan seterusnya selepas masuknya waktu sekolah, terus kena mengajar tanpa rehat.

Jika mesyuarat diadakan pada sebelah petang pula, guru sesi pagi balik pukul 5 petang ha ha!

 

2. GURU DAHULU – Jadual waktu pada ketika itu hanya 4 atau 5 kelas sehari. Ada yang mengajar kelas yang pandai dan ada juga terpaksa masuk ke kelas budak-budak nakal.

GURU SEKARANG – Jadual waktu ada yang sampai 6 hingga 7 kelas sehari. Jika nasib tak baik, dapat kelas yang budaknya lembap dan nakal sahaja dalam sehari. Guru yang macam inilah senang dapat penyakit mental, disebabkan kroni yang mendengki guru terbabit.. Kesiannya…

 

3. GURU DAHULU -  Jika guru yang biasanya mengajar kelas terbabit tidak hadir, guru besar / pengetua akan mencari pengganti. Jika tidak ada, baru dia yang turun padang pergi mengajar di dalam kelas. Boss macam inilah yang kita respect.

GURU SEKARANG – Hampeh pengetua nak ganti kau… Nak MC pun susah, sikit-sikit kena call pula, APASAL KAU TAK DATANG? Hampeh punya boss!

 

4. GURU DAHULU – Melempang anak murid atau menjentik anak murid dah menjadi kebiasaan di mana-mana sekolah ketika itu. Jika anak murid terbabit mengadu kat ibu bapa, ibu bapa dahulu pun tak cepat melenting, malah siap cakap ‘ padan muka kau, kenapa tak ikut cakap cikgu?’

GURU SEKARANG – Jentik anak murid sikit, dah kena report polis oleh ibu bapa yang terlalu ‘percaya’ yang anaknya pijak semut pun tak mati! Paling hebat, siap panggil Harian Metro lagi, suruh reka cerita anak murid mereka dibelasah teruk oleh cikgu itu.. Kiranya macam menfitnah  lee…gunakan suratkhabar. Patutlah semakin ramai guru di Malaysia ni sakit mental, boss pulak tak support, PPD dan JPN pun hampeh sama.. Apatah lagi tuan KPM kita yang bijak pandai ni…

 

5. GURU DAHULU – Masa zaman KBSR dan KBSM diperkenalkan, tak ada nak kena key-in data macam-macam…

GURU SEKARANG – Terhimpit dengan sistem PBS, suruh key in data anak murid, lepas tu nak key-in biasiswa, macam kerja kerani je…  Pulak tu server selalu down..! Siapa le agaknya yang memperkenalkan sistem PBS ni (sistem PENGURUSAN BODOH SANGAT ).. Tak kaji dari awal ke sebelum nak memperkasakan sistem PBS yang terlalu membebankan guru ni? Nak layan kerenah PPD lee… PBS le.. Pentadbir Sekolah lagi… pelajar nakal lagi…

 

Jika pihak KPM memandang enteng guru dalam permasalah mereka di era ini, saya tidak hairan akan ramai guru yang akan masuk ke hospital sakit mental..

Pertama sekali, salahkan KPM dan kerajaan kerana membebankan guru, dan keduanya, salahkan masyarakat terutamanya ibu bapa yang hanya tahu nak membebankan anak mereka kepada guru semata-mata..

 

Fikir-fikirkanlah… Wahai KPM!