Bila nak ke sekolah semula, buat lawatan?

English College 1 

Berapa lamakah anda meninggalkan sekolah terakhir anda, selepas peperiksaan SPM dan STPM yang lalu? Anda tidak rindukan sekolah lama anda? dan berapa lama anda tidak melawat sekolah yang banyak memberikan kenangan kepada diri anda, 2 tahun?, 3 tahun?, 10 tahun?

Seperti orang lain yang bersikap ingin tahu tentang dunia pendidikan Malaysia ini, saya juga ingin mengetahui apa cerita dan pencapaian sekolah lama saya selepas 21 tahun saya tinggalkan sekolah ini yang banyak mencipta kenangan pahit dan manis ketika di zaman muda. Dalam tempoh 21 tahun tersebut, hanya 3 kali saya pernah melawat sekolah saya ( Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru ).

Jika dibandingkan sekarang dan 21 tahun yang lalu, sekolah lama ini tidak banyak beza pun, bangunan lamanya masih dikekalkan, dan logo sekolah ini masih sama. Pencapaian sekolah ini dari segi akademik masih lagi mantap, sebab saya diberitahu bahawa sekolah ini telah menjadi sekolah ‘klaster’ sejak KPM memperkenalkan sekolah kluster. Pencapaian sukan juga boleh tahan juga di mana Maktab Sultan Abu Bakar masih mampu mengekalkan reputasinya sebagai pasukan hoki terkuat di negeri Johor. Cuma yang masih kekal sehingga sekarang ialah pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 ialah pelajar lelaki semuanya.

Saya tidak akan menulis panjang lebar tentang tempat saya belajar dahulu. Tetapi kepada pembaca sekalian, saya amat menggalakkan anda untuk ‘buat lawatan’ semula ke tempat di mana anda belajar dahulu. Apa yang anda boleh sumbangkan kepada sekolah lama anda itu? Kan tempat anda belajar dahulu tu..! Mungkin anda boleh bagi idea kepada pentadbir sekolah dari segi tenaga, contohnya memperindahkan lagi kebun sekolah atau membersihkan kantin. Atau pun jika tidak mampu dari segi tenaga, anda juga boleh menyumbangkan dari segi kewangan.

Inilah masanya untuk anda berbakti semula di sekolah lama anda.

Malangnya, kita sudah lupa dengan sekolah, lupa dengan guru yang pernah mengajar kita dan lupa dengan kenangan terindah itu. Malah, tidak banyak sekolah yang ada persatuan bekas pelajar atau alumni yang ditubuhkan. Jejakkan kaki semula pun… tak de le… Ada yang sampai 40 tahun pun tak pernah nak jejakkan kaki semula ke sekolah…

Fikir fikirlah, bila kita hendak berbakti semula dengan sekolah anda?