Apa pula langkah pembetulan PBT di Buloh Kasap?

Assalamualakum dan salam sejahtera kepada dunia media sosial, terutamanya pada encik bloggerz .kita semua. Agak lama juga saya tidak bersiaran di dunia blog kerana terlalu sibuk dengan hal duniawi, di samping tidak lupa pada hari perhitungan nanti. Sama-samalah kita sedekahkan surah Yassin dan surah Al-Fatihah kepada seluruh umat Islam yang sudah pun meninggal dunia, khasnya kepada mereka yang maut di Buloh Kasap, Segamat.

 

Saya tidak berminat untuk menulis secara panjang lebar tentang kejadian malang yang menimpa 8 orang remaja kita yang lemas di sungai Buloh Kasap itu, tetapi apakah tindakan seterusnya oleh pihak berwajib bagi memastikan tiada lagi yang menjadi mangsa seterusnya di tempat yang sama. Isu di Segamat ini boleh menjadi isu keselamatan bagi penduduk setempat.

 

Bagi saya, saya hanya boleh memberikan pendapat dan saya merasakan ini adalah kelemahan pihak pentadbir daerah dan juga pihak berkuasa tempatan. Kenapa saya berkata begitu, sebab saya melihat bahawa di kawasan kejadian itu, terdapat aktiviti mengorek pasir atau mungkin juga aktiviti menyedut pasir di kawasan kejadian. Buktinya, terdapat jentera yang biasanya digunakan untuk tujuan menyedut dan mengorek pasir di kawasan tebing sungai. Baru tadi saya mendengar berita bahawa aktiviti mengorek pasir di sekitar tebing Sungai Buloh Kasap itu belum diluluskan oleh PBT…. Apa sebenarnya ini? Nampak sangat ada yang tidak kena pada pihak pentadbir daerah Segamat. Sudahlah tak ada lesen, tetapi tetap beri kebenaran mengorek pasir?

Untuk mengelakkan kejadian seumpama ini dari berlaku lagi pada masa hadapan, pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan pembetulan ( corrective action atau countermeasure ). Kita tidak mahu lagi mendengar ada lagi yang lemas di sungai yang sama. Di antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak berwajib selepas ini…

 

i.) Janganlah makan gaji buta dengan duduk kat pejabat sahaja. Pergilah pantau kontraktor yang melakukan kerja mengorek tebing itu. Tahulah kamu itu pegawai kerajaan, jangan malas!

 

ii.) Jika boleh, sepatutnya PBT mesti mewajibkan pihak yang melakukan aktiviti mengorek / menyedut pasir diwajibkan membina halangan untuk menutup sekitar tempat aktiviti, contohnya ditutup dengan pagar halangan.

 

iii.) PBT juga sepatutnya terbabit sama dengan memasang papan tanda di sekitar kawasan aktiviti, contohnya papan tanda dilarang mandi atau pun melarang orang ramai dari mendekati kawasan aktiviti dan sekitar kawasan yang berisiko tinggi, terutamanya di sekitar tebing sungai yang terbabit dengan aktiviti pengorekan pasir tadi. Papan tanda tadi bolehlah dipasang di setiap 200 meter sebelum sampai di kawasan terbabit.

 

iv.) PBT boleh mewajibkan kontraktor meletakkan seorang atau lebih ‘security guard’ untuk menghalang orang ramai dari mendekati kawasan aktiviti. Kos ditanggung oleh pihak kontraktor.

 

v.) Kalau kawasan itu kerap dilalui oleh orang ramai untuk aktiviti riadah, apalah salahnya kalau PBT melencongkan laluan  orang ramai. Iaitu gunakan papan tanda larangan keras, ‘JANGAN JOGGING DI SINI’.

 

vi.) Kalau kontraktor itu dilihat tidak mampu melakukan beberapa cadangan di atas, kontraktor itu perlu disenarai hitam selepas ini dari mendapat projek atau melakukan aktiviti yang sama pada masa depan.

 

Saya akan tunggu apa jawapan PBT di Segamat…