Akibat dan kesan menonton porno di laman web

 

image

Assalamualakum dan selamat sejahtera kepada dunia Media Sosial Malaysia. 2 hari lepas saya menulis tentang ‘SKMM Sila Sekat web Porno’ . Saya mengharapkan SKMM boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk ‘menjaga’ masyarakat kita, terutamanya yang beragama Islam dan MELAYU dari hanyut menonton cerita-cerita porno yang boleh merosakkan anak-anak kita sejak kecil lagi.

 

Apakah kesan dan akibat jika anda kerap menonton cerita porno?

i.) Minda anda akan ketagihan. Macam orang yang menghisap rokok. Jika ketagih, nak lagi…dan lagi… dan lagi..

Samalah juga jika anda menonton cerita porno. Anda akan ketagih hendak menontonnya lagi dan ia akan merangsang minda anda untuk ke arah perkara yang lebih menyeronokkan tetapi hanyalah sementara. Contohnya melakukan ONANI ( Melancap sendiri)

Melancap hanya membawa keburukan dari kebaikan. Maka kalau boleh, jangan sesekali mendekati web porno.

 

ii.) Akan berlakunya kes sumbang mahram yang berleluasa kerana mahu mencuba, terutamanya di antara adik beradik. Kes sebegini sudah banyak berlaku terhadap bangsa Melayu dan ini amat memualkan kerana kes sumbang mahram semakin kerap dilaporkan oleh Harian Metro.

 

iii.) Diri anda tidak akan tenang sentiasa kerana sentiasa mendengar bisikan supaya anda menonton lagi cerita porno. Ala.. macam anda mendengar suara.. ‘Tengok le saya… Tengok le saya…’ Boleh juga dikatakan ‘Bisikan Syaitan’ dan anda sebenarnya sudah kalah dengan syaitan kerana menonton porno.

 

iv.) Porno juga akan menjauhkan diri anda kepada Tuhan… Tuhan tidak pernah menjauhkan diriNya dan sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh hambaNya. Cuma anda yang menjauhkan diri dan hati anda kepadaNya.

 

v.) Menggalakkan perkara yang menjijikkan.. Kebanyakan adegan porno yang ditonton agak menjelikkan dari segi perlakuan si pelakon dan akan diikuti oleh si penonton.

 

vi.) Menggalakkan kes zina di hotel-hotel cap ayam di seluruh negara dan melahirkan lebih ramai lagi anak tidak sah taraf.

 

SKMM! Sambutlah seruan rakyat! Haramkan Porno! Sekat Porno!

 

image