Semakin ramai Melayu yang sakit mental?

Saya amat sedih dan tidak tahu apa nak jadi dengan bangsaku sendiri.

Tekanan hidup, tiada pekerjaan dan tidak boleh berfikir secara waras dan rasukan syaitan antara sebab banyak kejadian pembunuhan anak sendiri berlaku oleh bapa masing-masing. Kejadian terkini berlaku di Kajang, Selangor membuktikan lagi yang ramai Melayu yang dah sakit mental melampau sampai dah tak boleh fikir apa yang dibuat.

Kejadian yang berlaku di Kajang memperlihatkan yang kesempitan hidup atau pun mungkin di bawah pengaruh dadah adalah punca utama kejadian penyembelihan anak sendiri yang

kerap dilaporkan di suratkhabar tempatan. Di manakah puncanya…? Ia terletak pada diri sendiri seseorang itu bagaimana dia nak ‘handle’ dirinya sendiri dan faktor-faktor luaran yang menghimpit akal fikirannya selepas itu. Jika akalnya masih waras, dia tidak akan bertindak sebegitu teruk sampai menyembelih anak sendiri.

Dia mungkin tidak didakwa kerana sakit mental. Itulah yang kita terima hakikatnya. Tetapi bagaimana kita hendak memastikan di sekeliling kita ini tidak ada yang sakit mental dan akan menyebabkan diri kita sendiri dijadikan sasaran? Itu yang susahnya… Orang melayu adalah di antara ramai yang mengalami masalah mental yang di tahap gaban…. Tetapi macam biasa, bila dah bermasalah tidak mahu jumpa doktor atau mendapat sesi kaunseling. sebab orang melayu kan pemalu kononnya.

Saya akui melayu semakin terhimpit, tetapi bertindaklah mengikut akal, bukan mengikut nafsu dan perasaan semata-mata. Perasaan mudah dikawal tetapi jika syaitan yang mengawalnya, inilah jadinya.