Persekitaran kita semakin kotor

Untitled1

Saya dapat merasakan yang udara di sekitar tempat saya tinggal sekarang sudah tidak lagi bersih, terutamanya udara. Setiap hari, saya berasakan bukan sahaja tempat di mana saya tinggal ini tercemar, malah di mana-mana pun di muka bumi ini, pencemaran ada di mana-mana.

 

Kita tengok sahajalah persekitaran di tempat saya tinggal sebagai contoh. Kontraktor semakin malas hendak mengutip sampah mengikut jadual yang sepatutnya, kadang-kadang seminggu, 2 kali sahaja. Ini akan menyebabkan pencemaran bau sampah yang memang kalau tidak dikutip, lama-lama bau pun menjadi tengik, ditambah dengan pakej ulat-ulat sampah yang menggelikan.

 

Udara? Jangan cakaplah.. Terutamanya di kawasan perkilangan. Memang benar ada sesetengah kilang ‘declare’ yang mereka mengikuti ISO 140001 ( untuk persekitaran alam sekitar ), tetapi adakah mereka benar-benar mengikuti apa yang termaktub di dalam ISO tersebut? Saya perhatikan ada kilang-kilang yang ada ISO 140001, tetapi kalau bab pelepasan asap, asap yang dilepaskan punyalah banyak! Nampak sangat penguatkuasaan agak kurang oleh pihak yang berkenaan. Itu belum cerita bab pelepasan bahan kimia di longkang-longkang terpilih.

 

Pada saya, kita sebagai manusia yang tinggal di muka bumi hak Allah SWT ini perlulah bertanggungjawab untuk menyayangi bumi dan diri kita, siapa lagi kalau makhluk Allah SWT yang bernama manusia yang melakukan lebih banyak pencemaran?

 

Saya merasakan kalau saya dah tua nanti, saya perlu berpindah ke kampung, hirup udara segar, dari duduk di kawaan industri yang penuh dengan cabaran dan PENCEMARAN.