Motorala ‘kena jual’ lagi…

Motorala akan dijual oleh Google dan Lenovo akan membeli Motorola daripada Google. Inilah berita paling menyedihkan yang harus diterima oleh Motorola sendiri.

Google pada dasarnya telah bersetuju menjual Motorala kepada Lenovo dalam satu urusniaga bernilai AS2,91 bilion (RM9.7 bilion) selepas usaha untuk memulihkan Motorola yang dibeli oleh Google sejak 2 tahun lepas,, menemui kegagalan dan Google tidak mahu menyertai segmen penjualan telefon pintar lagi. Google membeli Motorola pada tahun 2012 denga ketika itu pembeliannya ialah sebanyak AS12.5 bilion. Banyak rugi juga rupanya.

Lenovo membeli Motorola kerana mereka mahu menyertai segmen penjualan telefon pintar dan akan menyaingi Samsung dan Apple dalam penjualan telefon pintar.

Satu-satu syarikat gergasi komunikasi jatuh, itu hari NOKIA dibeli oleh Microsoft, selepas itu Motorala kena jual.. Inilah bisnes.