Ini semua pasal ‘Your Lady’

your-woman-korean-drama

Macam mana le agaknya saya nak nonton TV selepas jam 10 malam?

Jangan haraplah sebab orang rumah saya suka tengok channel ONE HD (saluran 393). Saya tidak berpeluang untuk menonton siaran yang lain sebab dekoder Astro cuma satu sahaja. ( Buat apa nak pasang lebih dari satu ?) Dan saya lebih suka melayari internet, baca online newspaper daripada melayang cerita Korea, malah cerita melayu pun saya dah jarang nak tengok..

 

Cerita Your Lady ini sebenarnya sudah pun tamat ditayangkan di Korea Selatan, tetapi di Malaysia masih lagi bersiaran, kalau tak silap saya, ia sudah sampai ke episod 96. Apa yang menarik sangat cerita ini sampai ada yang meleleh air mata?

 

Kisahnya ialah tentang seorang wanita yang positif dan tabah bernama Lee Eun-Soo ( Lee Yoon-Ri ). Dia begitu positif walaupun banyak kejadian yang menimpa dirinya seperti pengkhianatan, kemalangan kereta dan kehilangan ingatan sementara. Kisah ini banyak memaparkan pada ‘mencari’ rahsia masing-masing, pengkhianatan dalam perniagaan, kasih sayang dan juga ketabahan. Patut pun isteri saya suka sangat menonton cerita Korea ni…

 

Dia cakap dia tak suka betul dengan watak Min Se-yeon ( Park Yeon-rin ) kerana wataknya yang buat-buat muka tak bersalah, tetapi dia yang suka membuat onar dan duri dalam daging kepada Lee Eun-soo.

 

Lee-Yoo-Ri-10 photo226883

Watak pratagonis dan antogonis
Lee Yoon-Ri dan Park Yeong-Rin berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan

 

Tapi cerita ini mempunyai 120 episod. Saya ada mencadangkan supaya tengok sahaja di DailyMotion, tetapi malangnya tiada subtitle Bahasa Inggeris. Jadi, mungkin cerita Your Lady ini akan tamat dalam tempoh 3 minggu dari sekarang.

 

So, macam mana nak tengok TV ni?