Bunyi mercun lagi

Malam perayaan je, mercun… asal mercun je, malam perayaan.

Di malam perayaan Tahun Baru Cina ( Tahun Kuda) di sekitar tempat saya tinggal, beberapa dentuman mercun dapat di dengar di mana-mana. Walaupun ia tidak dimainkan secara kerap, tetapi dentuman mercun itu sendiri sudah cukup membingitkan suasana di sekitar kawasan perumahan saya.

 

Tetapi…

 

Apabila azan Maghrib berkumandang, saya terdengar bunyi mercun padi berdentum-dentum sehingga habis laungan azan. Adakah ini dikira provokasi? Saya tidak mahu menuduh bangsa Cina yang mana cuba nak provok azan Maghrib dengan bermain mercun, tetapi saya yakin ini kerja Cina Chauvenis yang sengaja nak mengapi-apikan kebencian di antara kaum Melayu dan Cina

 

Dan…

 

Katanya mercun haram, macam mana masih ada lagi dentuman mercun berlaku setiap kali musim perayaan ni…? Ini menunjukkan yang pihak berkuasa masih perlu mencari dan terus mencari, kenapa penyeludupan mercun masih lagi wujud? Ataupun orang Malaysia sendiri lebih bijak dari pihak berkuasa sendiri dalam bab mercun ini.

 

Atau..

 

Pihak berkuasa pun malas nak ambik tau… Bila cuba menghalang penyeludupan, tapi masih lagi terlepas juga… ataupun memang mereka ini tak buat kerja..  Cukup mual dan memalukan tindakan segelintir petugas dan memalukan keseluruhan pihak berkuasa tersebut. Bila le nak berubah weiii…..

 

Mercun memang tidak dapat dipisahkan baik Melayu, Cina dan India. Mercun tetap berdentum walaupun ada larangan bermain mercun. Apa kata pihak yang berkenaan? Dan yang saya amat sedih, dah le isu kalimah Allah sengaja diapi-apikan di Pulau Pinang, tetapi bila bakar mercun ketika orang tengah azan, ini memang sengaja nak menghina…..

 

Pada pihak berkuasa… buatlah kerja….