Wajah baru Proton Perdana 2013

Setahun yang lalu, iaitu sebelum pilihanraya yang ke 13 hari itu, kerajaan mengumumkan untuk membeli kereta buatan Honda, iaitu Honda Accord bagi menggantikan Proton Perdana yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan sebagai kereta rasmi untuk pak pak menteri dan timbalannnya, serta untuk kegunaaan ahli Parlimen yang suka menggunakan kereta buatan Proton. Antara alasannya ketika itu ialah maintenance yang agak tinggi untuk Proton Perdana.

 

Tetapi pada hari ini, kerajaan menerima beberapa buah kereta baru, iaitu Proton Perdana berwajah baru, gabungan dari kerjasama Honda dan Proton.

 

Najib examines his new official car, a new-look Proton Perdana bearing the number plate W 11 N. - Bernama

Untung le kau, dapat kereta baru, FOC selama 5 tahun. Harapan TGM. semoga Najibn guna kereta ni sampai reput

 

Jika di amati model Perdana yang baru ini, ia sama sahaja dengan Honda Accord Generasi ke 8. Dalam tempoh 2 tahun, sebanyak 3000 unit akan dikeluarkan oleh Proton untuk menggantikan kereta lama yang boleh dijadikan tukun di Laut China Selatan. Maknanya selama ini Honda Accord yang dimaksudkan ialah Proton Perdana a.k.a Honda Accord.