Tol PLUS tak mungkin akan dinaikkan pada 2014!

 

Tahun lepas masa pembentangan bajet, tol tidak akan dinaikkan selama 5 tahun (katanya PM Najib), tetapi selepas berita bayaran tol bakal akan dinaikkan, ia amat menyentap jiwa segolongan rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang sentiasa menggunakan laluan lebuhraya setiap hari.

 

YB Senator Tan Sri Wahid Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tentu lebih pakar dalam bab-bab berkaitan dengan ekonomi dan subsidi, dan dia juga lebih arif berkaitan dengan pembelanjaan, bujet dan rezab negara, itu yang dia berani buat statement berkaitan dengan tol ini. Lepas subsidi gula dah tak ada, kini tol pula akan dinaikkan. Kalaulah gaji orang KL, yang paling rendah pun RM3000 boleh fikir 2 kali, lepas ni pergi kerja naik basikal…. LRT pun dah nak naik tambang…

 

Pada malam tadi, melalui berita yang disiarkan di TV3, PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad) telah menyatakan secara terang bahawa PLUS tidak akan menaikkan tol kerana berdasarkan kepada perjanjian konsesi, masih ada beberapa tahun lagi sebelum perjanjian dikaji semula. Cerita daripada PLUS ini mungkin sedikit melegakan,.. itu pun untuk rangkaian Lebuhraya kendalian PLUS sahaja…

 

Bagaimana dengan pihak konsesi yang lain? Tan Sri Wahid ada menyatakan yang kerajaan terpaksa menanggung bayaran kepada pihak konsesi dari segi bayaran pampasan. Yang ini saya tidak berapa paham dan saya berharap pihak kerajaan kena memperjelaskan cerita kenaikan tol ini secara terperinci, bagi rakyat paham. Jangan hanya cakap RASIONALISASI pengurangan tol sahaja, nanti bosan rakyat dengar…