Thailand ke final

image

Thailand, salah sebuah pasukan yang cukup kuat untuk Sukan SEA kali ini telah berjaya mara ke final bolasepak Sukan SEA ke 27 apabila menewaskan Singapura dengan jaringan 1 – 0. Jaringan diperolehi pada minit yang ke 24 setelah pemain Thailand dijatukan di dalam kotak penalti.

 

Gol dijaringkan oleh Pravinwat Boonyong selepas berjaya menjaringkan gol penalti tersebut. Pada hari Sabtu ini, Thailand akan bertemu dengan Indonesia bagi penentu untuk Pingat Emas dan Pingat Perak, manakala Singapura akan bertemu Malaysia bagi penentuan pingat gangsa.