Tahun mencabar di 2014

Assalamualakum dan salam sejahtera

Di kesempatan ini, saya hanya hendak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 dan apa ynag saya perlu katakan di posting kali ini, tahun 2014 ini merupakan tahun yang mencabar untuk kita semua. bukan sahaja di dunia blogging ini tetapi pada semua aktiviti harian kita yang lain.

 

Bila sebut sahaja tahun baru, mesti cerita pada azam anda kan? Tetapi azam tahun yang lepas itu, sudahkah kita laksanakan dan apa yang kita tertinggal? Anda patut melihat semula apa yang kita lakukan sepanjang tahun 2013 yang lalu di mana apa yang kita tak tercapai, mestilah dilaksanakan untuk tahun yang berikutnya.

 

Kalau orang yang berniaga, jika tahun ini kurang untung, maka kena buat homework semula, cara untuk membuat untung dengan jayanya. Sama juga kalau anda kerap tak solat (sembahyang), memanjang aje culas, sampai bila nak culas sebab mungkin esok atau lusa anda akan mati. Maka jika di tahun lepas anda kerap culas, apa katanya tahun 2014 anda rajin ke masjid?

 

Dan biasanya di malam sebelum tahun baru, ada sahaja Malam Ambang Tahun Baru, tapi di malam ini pula dan di sesetengah tempat, ada orang nak tunjuk dia hero… Yang ini saya tak mahu komen lebih-lebih.

 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 dari saya, Mohd Rizman M.A