Rusuhan di Singapura.. apa tindakan kita pula?

Pada malam Ahad yang lalu, Singapura digegarkan dengan rusuhan yang dilakukan oleh sebahagian warga India kerana mendakwa rakan mereka Sakthivel Kumaravelu, terbunuh selepas bergaduh dengan pemandu bas yang membawa mereka pulang dan apabila tiba di sekitar kawasan Little India, Sakhivel dikatakan terbunuh serta merta apabila terjatuh dan terperosok di bawah bas.

Dan apabila pegawai paramedik dan beberapa anggota polis cuba untuk mengeluarkan mayat rakan mereka itu, sebahagian daripada mereka bertindak membaling bom petrol, botol dan membakar kenderaan polis dan ambulan. 24 orang telah ditangkap kerana insiden tersebut dan antara punca kejadian ialah penjualan arak yang bebas di Singapura, menyebabkan warga India itu bertindak agresif terhadap anggota keselamatan.

Hah, negara paling aman di dunia ini pun tidak dapat menghalang dari rusuhan berlaku. Ini semua disebabkan oleh arak.

Ambulan dan kereta polis yang dibakar oleh perusuh di Singapura

 

Mari kita tengok balik di Malaysia, berapa ramai warga asing yang tinggal di sini kaki arak? Ramai…

Berapa ramai warga asing terbabit dengan kes rogol orang dan merompak? Pun ramai….

Berapa ramai warga asing yang cukup kurang ajar? Pun ramai….

Berapa ramai warga asing yang membawa TIBI dan TAUN tanpa tapisan? Pun ramai….

Berapa ramai warga asing yang ada Mykad Malaysia secara haram? Pun ramai…

Berapa ramai warga asing buat muka bangsat kat warga tempatan? Pun ramai……

 

Apa tindakan kerajaan selepas ini, nak tunggu warga asing kat sini buat rusuhan ke baru nak bertindak?