Ong Kim Swee vs Khairy Jamaluddin

image

Dalam laporan Utusan Malaysia, Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang paling popular itu memberitahu yang dia ada keraguan sama ada pasukan Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mampu pergi jauh dan membutirkan pingat untuk Malaysia. Ini disebabkan aksi goyah ketika menentang Singapura.

 

Walaupun begitu, Ong Kim Swee tidak ambil port sangat apa yang hendak dikatakan oleh Khairy, sebab dia tidak tahu status pasukan dan perancangan taktikal hanya Ong Kim Swee yang tahu, bukannya Khairy.

tidak mahu membidas terhadap apa yang diperkatakan oleh Khairy, jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee, mengingatkan mereka masih berada dalam misi mempertahankan pingat emas.

 

Harimau Muda masih mampu melakukan yang terbaik di Sukan SEA kali ini biarpun kehilangan ramai pemain utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Junior Eldstal dan Syahrul Azwari. Untuk Sukan SEA kali ini sahaja Ong Kim Swee kehilangan 7 pemain utama.

 

Cara Ong Kim Swee menangani komen dari pihak luar, terutamanya pihak media cukup profesional dan tidak mahu ambil kisah apa yang hendak diperkatakan atau menghentam team sendiri. Oleh kerana Ong Kim Swee membuktikan yang Khairy salah, maka kes pun tertutup dengan sendirinya. Mereka hendakkan sokongan kita, bukannya mengkritik atau meragui Harimau Muda.

 

Harimau Muda akan bertemu Indonesia, dijangkakan perlawanan akan berlangsung esok (19/12/2013)