Negeri Sembilan mahu mengancam di Liga Perdana

Negeri Sembilan bakal mengancam pada tahun depan dan target ialah untuk layak ke Liga Super, di samping untuk memberi saingan di Piala FA 2014, itulah kenyataan yang keluar dari mulut kapten pasukannya, Norhafiz Zamani Misbah selepas pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Presiden yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Datuk Seri Mohammad Hassan.

 

Dengan kemasukan semula Effa Owana ke pangkuian Negeri Senbilan dan beberapa muka baru dari skuad presiden, diharapkan Negeri Sembilan akan bertambah mantap dan mampu menyaingi beberapa pasukan terkuat yang bermain di Liga Perdana seperti Kedah, Felda United dan pasukan yang paling terglamour di Liga Perdana iaitu JDT II (dulunya Johor). Musim ini Negeri Sembilan akan dilatih oleh bekas jurulatih Lions XII, iaitu V.Sundamoorthy.

 

Senarai pemain pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2014 adalah seperti di lampiran di bawah ini.