Mengapa trafik blog saya tetap rendah?

Mengapa blog saya begitu rendah trafiknya? ini adalah soalan yang biasa diajukan oleh orang yang baru bermula atau yang sudah agak lama di dunia blogger, tetapi jarang-jarang dia dapat mengemaskini blog yang mereka usahakan.

 

Senang cerita, sebenarnya jika anda orang baru, mendapatkan trafik ke sebuah blog menjadi tugas yang amat ‘ditakuti’  oleh mereka yang baru hendak bermula. Ada yang menjadi sedih sangat bila dia mendapati kunjungan trafik ke blog hanyalah 60 kunjungan sebulan, tetapi ada sesetengah blogger yang  memukul gendang, mengatakan yang blog mereka mendapat sehingga 30000 kunjungan dalam tempoh sebulan. Mengapa ini terjadi? Untuk post ini, saya mahu berkongsi pendapat saya dan mungkin juga ada yang sependapat dengan saya, dengan soalannya ‘Mengapa trafik blog saya tetap rendah?’

 

1. Anda tidak membuat posting terkini dengan kerap..

Ini bukanlah suatu perkara yang baru, dan tajuk ini kerap dibincangkan di mana-mana blog yang biasanya memberikan tips kepada mereka yang baru bermula. Ya, posting yang kerap dapat membantu anda dari segi bantuan ‘Search Engine Optimization’ (SEO) sama ada dari Google atau enjin pencarian yang lain, dan juga daripada pembaca blog yang kerap membaca blog anda. Terus terang saya katakan yang kadang-kadang saya sendiri pun tidak menyiarkan post blog ini secara kerap kerana atas faktor masa dan stres di tempat kerja.

Jika anda mahukan trafik yang lebih banyak, anda harus memastikan yang posting blog anda sentiasa dikemaskini dan lagi bagus sekiranya anda mempunyai jadual yang tetap untuk membuat post yang bermutu. Semakin kerap anda menerbitkan post yang baru, maka lebih keraplah enjin carian yang akan ‘crawl’ ke laman blog kerana anda mempunyai lebih banyak halaman (pages) yang mempengaruhi Keputusan Enjin Carian. Jika anda hanya menerbitkan 2 post seminggu, apa katanya kalau anda cuba menerbitkan post sebanyak 7 post seminggu.

Maka, jika anda tidak mahu selalu berkata ‘kenapa blog aku ni kurang trafik?’, maka mulai sekarang anda harus rajin menerbitkan post yang membabitkan niche yang anda pilih.

2. Network (Rangkaian Jaringan) dengan orang yang salah

Rangkaian atau pun Network dengan orang yang salah bermaksud anda tidak mensasarkan pada orang yang betul-betul mahukan maklumat dari blog anda. Katakanlah yang anda seorang penulis blog yang menulis tentang cara membuat kuih, dan anda suka buat kerja ‘You Follow Me, I Follow You’ (konsep blog yang baru hendak bermula). Dengan hasil dari ‘You Follow Me, I Follow You!’, anda berjaya mendapat 1200 pengikut (Follower). Dari 1200 orang itu, 70% lebih suka baca gossip, maka blog anda tidak akan mendapat trafik dari 70% pengikut anda sendiri, sebab anda bercerita berkenaan dengan resepi, tetapi pengikut anda nak baca cerita pasal Tasha Shilla.

Cara untuk memperbetulkannya ialah dengan melihat kembali komen-komen yang diberikan oleh pihak audience (pembaca). Kebanyakan pembaca yang memberikan komen ini adalah orang yang mungkin sealiran dengan anda, dan minat dengan apa yang anda tulis. Saya mencadangkan yang anda boleh mencuba menggunakan Facebook untuk memperkasakan lagi trafik blog anda dengan menyertai beberapa ‘Group’ yang sealiran dengan minat anda.

Contohnya jika anda seorang peminat kereta lama dan blog anda berkenaan dengan kereta, anda join le beberapa Fanpage atau pun Group-group Geng kereta… Dari situ anda boleh memperkenalkan blog anda di fanpage / group tadi…

 

3. Blog anda itu blog baru…

Jika anda baru memulakan blog, sedarlah bahawa blog yang baru kena bersaing dengan blog-blog yang sedia ada. Trafik blog yang baru bermula biasanya adalah rendah dan sebenarnya boleh diperbaiki lagi sekiranya anda melakukan dua perkara di atas untuk mendapatkan trafik. Yang penting adalah kesabaran.

Kesimpulan saya :  Untuk mendapatkan trafik yang mencanak naik bukanlah sesuatu yang cukup mudah, terutamanya bagi blog yang baru kerana jika tidak rajin menghantar post terkini dan mencari target pembaca yang salah, blog anda akan tenggelam punca.

 

Saya akan berkongsi lagi cara-cara untuk kita memperbaiki blog dan skill penulisan masing-masing. Dunia blog melayu ini masih kecil dan kita kena sama-sama membantu untuk memastikan yang blog melayu tetap unggul di Malaysia.

 

image