Mengapa Kos Sara Hidup menghimpit orang Melayu?

image

Tahun 2014 ini, ialah cerita tentang kos sara hidup melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya. Kita bakal menyaksikan beberapa harga komoditi dan keperluan pengguna akan naik lagi. Misalnya selepas harga gula sudah tiada subsidi, berkemungkinan beberapa lagi harga barangan lain akan naik. Minyak petrol dijangkakan akan naik lagi tahun hadapan. Ini belum lagi menyentuh tentang harga makanan yang lain akibat dari kenaikan harga gula, contohnya susu pekat manis.

 

Dan apabila berita kenaikan tol pula yang naik, ini benar-benar menyentap perasaan terutamanya mereka yang selalu menggunakan Highway. Kos sara hidup orang melayu akan naik dari 30% ke 50%, bergantung kepada jenis pekerjaan dan tanggungan yang mereka ada, belum dicampurkan lagi dengan bil-bil, atau pun hutang kepada bank.

 

Ini diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi semasa di dunia di mana ekonomi negara Malaysia ini lebih bergantung kepada keadaan ekonomi beberapa buah negara yang lain, seperti Amerika Syarikat dan China. Jika kelembapan ekonomi berlaku di kedua-dua negara ini misalnya, Malaysia juga akan terkena tempiasnya. Orang melayu akan lebih terasa kesusahannya, jika semua pun hendak naik, kos sara hidup pun akan meningkat naik, tetapi gaji tak naik-naik, (terutamanya yang bekerja di swasta)

 

Kenapa kos sara hidup tetap naik juga walaupun ekonomi Malaysia menunjukkan peningkatan? Jawapan saya senang sahaja, duit kerajaan sudah menipis dan tidak mampu lagi untuk menanggung subsidi, sebab harga pasaran dunia untuk komoditi pun sduah naik dengan mendadaknya. Hidup kita tidak akan ‘free’ untuk selama-lamanya, maka saya berpendapat kita tidak perlu hendak menyalahkan puak BN atau pun puak PR tentang bab kos sara hidup orang melayu ini. Masing-masing pun ada kelebihan dan kelemahan.

 

Memang terasa sangat kalau di tahun 2014 ini menyaksikan semuanya nak naik, tapi gaji tak juga naik-naik. Jadi apa tindakan anda, sama ada anda mahu membuang masa untuk menyertaI KEMPEN GULINGKAN KERAJAAN atau pun berfikir di luar kotak, cari bisnes yang boleh menampung kehidupan kita di kota, daripada hanya bergantung dengan makan gaji.

 

Untuk pengetahuan anda, jika tinggal di Nusajaya atau pun Johor Bahru, jika gaji anda sebanyak RM1200 sahaja sebulan, kirim salam sahaja…, memang tidak mencukupi untuk orang bujang sekali pun, kalau RM3000 sebulan pun masih tidak cukup untuk menampung hidup di Johor Bahru.

 

Bagi menampung kenaikan kos sara hidup ini, biasanya apa yang disarankan oleh pihak yang berkenaan ialah :

 

i.) Amalan berjimat cermat, minum air gunakan 1/2 sudu gula sahaja dan jangan pakai susu

ii.) Jangan makan luar, masak sendiri di rumah.

iii.) Tutup mana-mana suis jika tidak menggunakan elektrik.

iv.) Jangan pakai Highway kalau nak pergi kerja…

maka apa tindakan kita pula? Protes kerajaan? Jatuhkan kerajaan? Pecat PM? Bagi saya benda itu semua nonsense, dan membuang masa, tidak ada gunanya kalau hendak marahkan kerajaan sambil kita tidak mengetahui punca semua harga terpaksa dinaikkan. Rasionalisasi le katanya….

 

Cadangan saya ialah dengan cara menambah dan mencari pendapatan sambilan dari mengharapkan BR1M atau pun makan gaji sahaja. Di antara bisnes-bisnes yang saya fikirkan anda boleh mencuba…

 

1.) Jual cendol di tepi jalan atau pun jika di depan rumah anda itu ialah jalan yang kerap dilalui, anda boleh menjual cendol, nasi lemak, burger (pada sebelah malam). Jika anda bekerja di siang hari dan isteri tidak bekerja, anda boleh meminta isteri membantu di depan rumah. Sebelah malamnya anda sambung jual burger.

Tetapi ini mengorbankan masa anda di sebelah malam. Demi untuk menampung kos sara hidup yang kian menghimpit, salah satu caranya ialah dengan menjual makanan melalui rumah.

 

2.) Menjual kuih muih atau membekalkan nasi lemak ke kantin-kantin sekolah atau pun kantin kilang. Ini juga boleh difikirkan, cuma anda kena banyak link dengan orang dalam kilang atau sekolah

 

3.) Menyertai MLM (Multi Level Marketing) dan jika anda memang ada kemahiran bercakap, MLM mungkin salah satu aktiviti yang sesuai untuk menambah pendapatan. Jika downline anda semakin banyak, anda wajib kaya.

 

4.) Menyertai perniagaan internet berasaskan affiliate. Sudah ramai yang menyertai affiliate ini. Contohnya join Clickbank ataupun Jomniaga. Jika anda pandai menggunakan ‘ayat-ayat power’, pandai memberi ulasan serta menggunakan Getresponse ( untuk mendapatkan mailing list), maka menyertai affiliate ini amat bersesuain dengan anda, cuma kena banyak bersabar sebab saingannya agak tinggi.

 

5.) Membuat blog baharu dan anda tumpukan pada sesuatu niche sahaja. Contohnya anda menulis berkenaan dengan kesihatan. Mana tahu, kalau ada pengiklan sudi mengiklankan produk kesihatan mereka di blog baharu tadi. Anda buatlah charge sebulan dalam RM100, berdasarkan kepada saiz iklan tersebut. Tidak perlu sangat bergantung dengan iklan Nuffnang sahaja dan cara ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi

 

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mendapatkan pendapatan sampingan selain apa yang saya tuliskan diatas tadi. Mungkin juga anda boleh menjual insurans, jadi broker rumah dan bekerja part time di McDonald atau di Petronas sebagai pam attendant. Yang penting kerjanya halal.

 

Jika anda ada lagi idea apa yang boleh mendatangkan pendapatan, beritahu saya.