Mari kita cuba guna ‘Kos Sara Hidup Melayu’…

Jika anda taip perkataan ‘Kos Sara Hidup’ di Google, apa yang akan keluar? Saya mencuba nasib tadi untuk menaip perkataan ‘Kos Sara Hidup’, mana tahu kalau bernasib baik, ada idea untuk menulis posting yang seterusnya.

Tetapi jika saya menaip kata kunci ‘Kos Sara Hidup’ maka keluarlah keputusan dari Google di mana di tangga pertama ialah dari laman web ukas.gov.my, (Menangani kenaikan kos sara hidup – UKAS)

 

 image

Saya mahu mencuba pula kata kunci ‘Kos Sara Hidup Melayu’ atau Sara Hidup Melayu dan inilah hasilnya.

 

image

‘Bukan salah UMNO kos sara hidup meningkat’ menjadi rank no 1 jika saya menaip kos sara hidup melayu, walaupun tidak ada pun perkataan melayu pada tajuk utama.

 

Tajuk di bawah dan selepasnya lebih kurang sama sahaja dan ini bermakna persaingan keyword ‘Kos Sara Hidup Melayu’ itu boleh dikatakan agak tinggi dan banyak blog dan website menulis benda yang sama. Saya baru hendak merancang untuk menulis sebuah artikel berjudul ‘Kos Sara Hidup Melayu perlu perubahan’ tetapi nampak gayanya saya kena memikirkan tajuk yang lain… Berkaitan dengan siri Kos Sara Hidup juga.

 

Saya pun suka kalau ada blogger yang lain menulis judul yang sama, tetapi boleh dilihat di muka surat pertama di Google, kalau boleh lah…