Malaysia kempunan Pingat Emas…!

image

Malaysia akhirnya gagal untuk mempertahankan pingat emas milik mereka 2 tahun yang lalu, apabila mereka ditendang secara hormatnya oleh pasukan Indonesia U23 menerusi jaringan penalti. Kegagalan Thamil Arasu sebagai penyepak pertama dan Shahrul Saad sebagai penyepak bola yang kedua telah meleburkan harapan Malaysia untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir siri Sukan SEA yang ke 27 ini. Harapan Malaysia sekarang ialah sekurang-kurangnya untuk mendapatkan pingat gangsa pula.

 

Sorotan perlawanan : Indonesia berjawa mendapatkan jaringan gol mereka kerana seperti yang kita sedia maklum, kelemaham di bahagian pertahanan menjadi punca gol Indonesia pada minit ke-31 menerusi pemain tengah mereka, Bayu Gatra Sanggiawan. Pada separuh masa yang kedua, Malaysia dengan tidak pernah putus asa cuba untuk mendapatkan gol penyamaan dan hasilnya pada minit yang ke-84, Thamil Arasu berjaya mendapatkan gol selepas menerima hantaran sudut dari Nazmi Faiz Mansur.

 

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan mereka bermain lagi selama 30 minit, tetapi gagal menjaringkan sebarang gol. Penalti yang diambil oleh Thamil Arasu dan Shahrul Saad gagal menerjah jaring dan mudah ditepis keluar oleh penjaga gol Indonesia, Kurniawan Meiga, manakala Fadhli Shas, Nazmi Faiz Mansor dan Rozaimi Abd Rahman berjaya melakukan tugas mereka menyudahkan tendangan penalti.

 

Selepas ini, ramai ayang akan mempertikaikan kemampuan skuad ini apabila mereka pulang ke Malaysia. Ramai peminat akan menghentam Datuk Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya di atas kegagalan Malaysia layak ke final. Itu memang lumrah penyokong. Apa pun, Sabtu ini Malaysia akan menentang Singapura untuk penentuan tempat ke-3 dan pingat gangsa. Bagi kami peminat di Malaysia, tidak perlu lagi untuk melakukan ‘player rotation’, turunkan skuad utama dan boleh menang ke atas Singapura. Kegagalan ke final bukanlah pemusnah segala-galanya kerana Harimau Muda perlu mengaum lagi untuk 2 tahun lagi. Untuk kali ini, gangsa pun jadi lee….

 

 

Teams:
MALAYSIA:
Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Saad Shahrul, Mohamad Fadhli Mohd Shah,Mohamad Nasir Basharudin, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D.Saarvindran, Izzaq FarisRamlan, Mohd Irfan Fazail (captain), Mohd Azmi Mohd Zubir, Che Nashim NazirulNaim, Badrul Hisham Mohd Azrif Nasrulhaq, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Rozaimi Abdul Rahman.

 


INDONESIA:
Kurnia Meiga Hermansyah (Captain), Diego Robbie Michiels, Rizky Ahmad Sanjaya Pellu, Manahati Lestusen , Egi Melgiansyah, Nelson Alom, Yandi Eko Utomo,Bayu Gatra Sanggiawan, Rizki Ramdani Lestaluhu, Andik Vermansah,Yohanes Ferinando Pahabol,Mokhamad Syaifuddin,Alfin Ismail Tuasalamony.


Referee: Koh Hyung Jin