Kisah tragis Highland Tower selepas 20 tahun runtuh!

Untitled

Kata orang, kisah lama jangan dikenang.. Tapi bagaimana pula dengan perasaan mereka yang terlibat?

Hari ini ialah 11 Disember 2013, maka genap 20 tahun kejadian Highland Tower menyembah ke bumi. Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 orang terbunuh dan hanya 2 orang yang terselamat. Selepas kejadian yang menggemparkan negara itu berlaku, maka mula le sibuk nak study sama ada perlu atau tidak membuat pembangunan di kawasan cerun di tepi bukit.

Walau bagaimanapun, kejadian bangunan runtuh di bahagian cerun semakin menjadi sinonim. Setiap tahun ada sahaja kes keretakan bangunan atau pun runtuh kerana dibina di kawasan cerun. Seperti tiada pengajaran yang diambil oleh mereka yang mengaut untung.

Berbalik kepada cerita Highland Tower ini, blok A yang runtuh itu menyebabkan kerosakan besar pada sebahagian kawasan dan pihak keselamatan telah mengarahkan penghuni di blok B dan di blok C untuk mengosongkan tempat tinggal mereka bagi mengelakkan jumlah korban yang besar, kerana ketika itu tanah di kawasan terbabit tidak dapat menampung air dan dikhuatiri kedua-dua bangunan ini akan runtuh bersama.

Walau bagaimana pun, sehingga sekarang, kedua-dua blok ini masih tegak berdiri di tapaknya. Tiada apa yang berlaku dan kini kedua-dua bangunan ini dihuni oleh entiti…. Takutnya….

Al Fatihah kepada mereka yang sudah pergi…