Kenapa Encik Mimpi tak mau tunjuk muka?

Assalamualaikum

Post TGM hari ini hanya ingin nak tau.. siapa sebenarnya Encik Mimpi? Sampai sekarang ramai yang tidak tahu rupa sebenar Encik Mimpi di khayalak ramai, jangan kata rupa, nama sebenar pun sampai sekarang peminat tak tau.. Lagunya setiap hari berkumandang, tidak kira sama ada di radio atau pun di TV ( OST Playboy Itu Suami Aku!), tetapi yang sentapnya sampai sekarang, ramai yang tak tahu rupa dia…?

 

Encik Mimpi sebelum ini meluahkan isi hatinya di blog, cuba kawan-kawan semua lawat blog Encik Mimpi ini di http://encikmimpi.blogspot.com. Tapi blog dia dah senyap sejak 2 tahun ni…

 

Dan identitinya kalau membuat persembahan live, memanjang je bertopeng, macam tiru bandi Amuk Yeah..Yeah.. je… Ramai dah sound tu, tak payah le nak K-POP sangat…

Tapi dari segi positifnya, jika Encik Mimpi bertopeng, maka ramai yang akan tertanya-tanya sama ada Encik Mimpi ni rupanya hensem ke tak? Ke atau ada apa yang hendak disembunyikan? Dan dengan bertopeng juga, manalah tau Encik Mimpi akan gah di luar negara pula kan? Contohnya ke Indonesia dan Vietnam…

Encik Mimpi -  Seniman Jalanan & Penghibur Akusika

 

Asyik bertopeng je… dah bukak topeng tu…!