Kawin juga Zain dengan Che Ta

Akhirnya kawin juga kau ye Encik Zain. Dapat bini pun cun, Che Ta… Hmm untung le kau Zain, melepas aku… Hark, aku gurau je Zain. Apa-apa pun tahniah le dari pihak blog TGM kepada pasangan ‘Wedding of The Year’ ni.. Sponsor yang menaja pun, senyum kambing je melihat barangan tajaannya di peragakan oleh Zain dan Che Ta…

Ada yang berbunyi yang Zain dan Rozita berkahwin tapi meminjam bank. Perkara ini dinafikan oleh mereka berdua. Adakah anda jelous dengan Mr Middleton ini? 

Dikhabarkan nanti di Astro Ria nanti ada siaran langsung akad nikah dan majlis resepsi Majlis perkahwinan yang mencecah kos hampir 14 juta ringgit. Apa katanya kalau anda bosan dan kecewa dengan Che Ta, anda tontonlah majlis resepsi ini, hanya di ASTRO.

 

 

-57-Rozita-Che-Wan-Zain-Saidin-Nafi-Buat-Pinjaman-Bank-ROTIKAYA-497x750

Senyuman bahagia Zain disamping isterinya, Rozita

 

Sedikit fakta tentang perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan

- Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.

- Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.

- Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.

- Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri.

- Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Ta bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

- Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti.

- Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000.

- Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

- Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

Pihak TGM mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia Zain Saidin dan Rozita Che Wan, kekal sehingga ke anak cucu. Dan jangan lupa saksikan Majlis Resepsi mereka hanya di ASTRO.