Johor Darul Ta’zim belasah Tampines Rovers

image

Johor Darul Ta’zim memperlihatkan kehebatan mereka apabila mereka menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers dengan jaringan yang besar 7-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin pada malam tadi. Gol jaringan besar Johor Darul Ta’zim ini hasil sumbangan Luciano Figueroa 38' 56', Amri Yahyah 45+2' 63', Pablo Aimar 48', Akram Mahinan 84', Mohd Hazim 90' , manakala Tampines Rovers mendapat gol hasil jaringan  Roberto Martinez di minit ke  67.

 

JDT memang nampak cukup gah untuk mencabar di Liga Super bagi musim 2014 ini dan dijangkakan jika momentum kemenangan ini dapat diteruskan, (walaupun perlawanan persahabatan), JDT mampu meranapkan impian pasukan lain dan juga juara bertahan ( Lions XII) untuk menang Liga Super dan Piala FA. JDT juga mahu mencapai target untuk bermain di Piala AFC untuk musim 2015 nanti. Diharapkan pelaburan yang dilakukan oleh JDT dan PBNJ mencapai target seperti yang diharapkan, dengan adanya beberapa muka mat Sepanyol di dalam pengurusan JDT.