Jaringan penalti bawa Indonesia ke semi final

Indonesia menang dengan jaringan penalti dan menendang Myanmar di tempat ketiga walaupun mata mereka adalah sama ( 7 mata ). Ini disebabkan peraturan FIFA untuk menetukan pasukan yang layak menerusi peraturan Head to Head. (Siapa yang menang selepas perlawanan, dia yang mara walaupun mata yang sama, beza gol tidak diambil kira)

 

Jaringan penalti dari Alfin Tuasalamony telah membuktikan kemampuan Indonesia yang mereka juga mampu mencabar di Myanmar, bukan sekadar jaguh kampung di tempat sendiri. Indonesia akan menentang Malaysia yang dijangkakan pada hari Jumaat dan mereka mampu mengganyang Malaysia jika Malaysia tidak mengkaji cara Indonesia bermain.

 

Indonesia dibimbing oleh Rahmad Darmawan, jurulatih yang sama membimbing Indonesia pada edisi yang lalu dan dia mampu mengecewakan kita?