Heidi Klum tak mahu menjadi model bikini lagi…

11 Dis – Pengacara dan model terkenal dunia Heidi Klum enggan melihat dirinya memakai bikini lagi selepas merasakan tidak sesuai seiring dengan usianya yang sudah mencecah 40 tahun.

Seperti dipetik laporan Hollywoodreporter, Heidi antara model popular pakaian dalam jenama Victoria Secret ini merasakan untuk berjalan 'catwalk' dengan memakai pakaian dalam pada usia sudah lanjut adalah suatu perkara yang tidak sesuai.

"Saya tidak akan menjadi model dan berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam lagi. Saya sudah mula rasa kurang selesa," katanya.

Namun begitu, itu tidak bermaksud beliau akan behenti sepenuhnya dari bidang modeling kerana beliau masih lagi menerima tawaran untuk sesi fotografi untuk majalah dan iklan.

Dalam pada masa, Heidi yang kini berpacaran dengan Martin Kirsten seorang pengawal peribadi masih terlibat dengan program "Germany's Next Top Model" dan "Project Runaway" sedang dalam proses untuk melancarkan jenama pakaian kanak-kanak miliknya sendiri iaitu "Barbies R Us".

TGM – Sedar pun kau dah tua… Ingatkan tak sedar-sedar lagi.