Follower dekat 40k, tapi….

Kebanyakan yang saya lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai penulis blogger personal menyepikan diri dari dunia blog. Walaupun mereka mempunyai follower yang hampir mencecah 40k, tetapi blognya terus ditinggalkan dan tidak ada apa lagi yang mereka perlu update di post yang terkini…

Kenapa mereka jadi begitu, adakah mereka sibuk atau sememangnya dah malas nak menulis sebab kekeringan idea atau tiada apa yang harus ditulis…? Atau sebab dia orang tau, trafik ke blog mereka masih lagi tip top macam dulu-dulu, sebab itu;ah mereka tak heran sangat tentang trafik, maklumlah ada yang datang menjenguk…

Bagi anda yang memang follow blog personal di mana jumlah pengikutnya lebih dari 10k, anda akan perasan yang kebanyakan blog mereka kalau update pun sebulan ada le dalam 5 post. Paling kurang pun mungkin dalam 10 post. Itu pun kalau mereka rajin, sebab yang pasti trafiknya masih tip top. Tetapi anda harus ingat, langit tidak selalunya cerah, dan trafik selalunya tidak akan tinggi mencanak setiap hari. Kalau tidak diupdate selalu, mana mungkin Google akan crawl content dari blog yang jarang-jarang update.

Akhir sekali, jika anda dah pun ada follower seramai 5k, (macam blog ni, 500 pun tak sampai lagi dik oi..), adakah anda akan jadis seperti mana otai blog yang akhirnya tutup akaun dengan Blogspot…?