Bolasepak Sukan SEA : Lawan Indonesia lagi…!

 

image

Selepas berjaya melangkah ke separuh akhir, Malaysia akan bertemu dengan Indonesia dan dijadualkan perlawanannya ialah pada hari Jumaat (20 hb Disember ) pada 5:30pm waktu Malaysia. (Tetapi berita TV3 kata Malaysia akan lawan pada hari Khamis.

 

Apa pun , gol lewat perlawanan sumbangan Asri Chu Chu dan D.Saveendran sudah cukup untuk membuktikan Malaysia masih perlu dihormati dan bukannya datang sebagai pasukan underdog.. Malaysia dtanag untuk mempertahankan pingat emas, bukan untuk ditertawakan oleh Singapura, Vietnam dan Thailand.

 

Apa pun selepas ini lawan mereka juga bukannya calang-calang kambing. Indonesia membawa reputasinya sebagai pemenang pingat perak di temasya Sukan SEA 2 tahun yang lalu. Maka mereka juga mahukan pingat emas untuk dibawa pulang ke Jakarta. Peminat fanatik mereka di tanah air mereka berbangga dengan pasukan mereka, walaupun menang nasib ke atas Myanmar 1 – 0 menerusi tendangan penalti dan dengan undang-undang terbaru FIFA ( Head to Head winner ), Indonesia layak ke separuh akhir.

 

Sesuatu harus distrategikan oleh Datuk Ong Kim Swee bagi membolehkan mereka mara ke Final Sukan SEA. Saya perhatikan pemain di strategi pertahanan masih lemah dan ketajaman di depan gol juga agak kurang, walaupun banyak peluang terhidang di hadapan mata. Maka diyakini OKS dan anak buahnya mampu mengukir senyuman bagi rakyat Malaysia pada hari Jumaat nanti

image

Pemain terbaik bagi kami untuk perlawanan di antara Malaysia vs Vietnam : Izham Tarmizi Roslan (Goalkeeper – Telah menyelamatkan banyak cubaan bahaya dari Vietnam, dan bolos hanya 2 gol setakat ini)