Blog Tasha Shilla? Mana ada…?

Untung le kalau Tasha Shilla nak buat website sendiri atau pun blogspot sendiri… Mana ada? Tak pernah dengar pun sebelum ini Tasha Shilla adalah seorang blogger. Agaknya apa yang Tasha Shilla akan tulis di laman webnya jika benar Tasha Shilla ada blog sendiri?

 

Mungkin pada pengamatan saya sendiri, jika Tasha Shilla rajin menulis blog dan disebabkan dia dah cukup dikenali, jangan kata 10 000, jangan-jangan ada lebih 50000 peminat yang akan mengikuti blog Tasha Shilla, jika dia rajin le..  Malangnya Tasha Shilla tak ada akaun dengan Blogspot.

 

Akaun twitter Tasha dah ada, akaun Facebook pula tak tau yang mana satu yang sebenar-benarnya original, oleh itu ada siapa-siapa yang nak buat akaun blogspot untuk Tasha Shilla ke? Syaratnya jika anda sudi nak buat blog Tasha Shilla ni, kena cerita benda-benda positif je.. tak boleh cerita negatif pasal dia…

 

Di luar negara, kebanyakan peminat ‘die hard’ fan secara sukarela akan buat Un-Official Pages untuk artis kesayangan mereka. Kat Malaysia ini belum dipraktikkan lagi, tapi blog gossip hiburan memang banyak, tetapi langsung tidak menjurus kepada karier artis, hanya gossip semata-mata.

 

Jika anda peminat die hard fan Tasha Shilla, apa kata buatkan satu blog Un-Official untuk dia… ?