Tolong le kawal warga asing….!

Untitled1

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia dan salam 1Melayu..

Hari ini Johor ada Public Hoilday. Kebetulan pun hari ini hari Jumaat dan saya jangkakan di seluruh negeri Johor sahaja, akan banyak warga asing sama-sama cuti sama kita juga, dan sama-sama mahu bersiar-siar juga di luar. Dan saya jangkakan hari ini warga asing akan bersepah di mana-mana, walaupun mereka tidak akan ke Villa Nabila.

 

1. Pada hari cuti umum, kalau di Johor Bahru, warga asing akan memenuhi di kebanyakan pasaraya, shopping complex dan juga di tempat-tempat awam. Kalau di pasaraya mereka biasanya membeli barang, tetapi kalau di shopping complex atau di tempat awam, mereka hanya datang untuk bersiar-siar.

 

2. Warga asing di Malaysia terdiri dari warga Bangladesh, Nepal, Pakistan, Myanmar, Vietnam, India dan beberapa buah negara lagiu dari dunia ketiga. Mereka memenuhi pasaran pekerjaan di Malaysia, di mana warga tempatan tidak suka bekerja. Contohnya sektor perkilangan, perladangan dan pembinaan.

 

3. Sayangnya dengan kedatangan warga asing ini, telah banyak gejala sosial yang berlaku dan mereka juga bawa PENYAKIT… contohnya batuk kering (TB). TB dah mula menular semula di Malaysia di mana ada warga asing yang tidak ditapis oleh pihak berwajib.

 

4. Kalau masalah sosial pula, telah banyak berlaku kejadian jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini. Kejadian pecah rumah, tembak menembak, rompakan dan rogol kebanyakannya datang dari mereka.

 

5. Kemasukan warga asing yang tidak ditapis dengan sebaiknya, terutama dari segi kesihatan, kemahiran, sijil dan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu lebih banyak memudaratkan negara ini. Akan banyak masalah dari menyelesaikan masalah.

 

6. Kemasukan warga asing secara haram yang didalangi oleh sindiket tempatan juga amat mengecewakan. Majikan juga salah satu faktor penyebab utama penularan penyakit berjangkit.

 

7. Cuba anda tengok dan perhatikan cara mat bangla meludah bila di tandas..

Caranya “uuuuuuekkkk perhhghhhhh”.

 

8. Mykad Malaysia yang mudah dicetak dan dipalsukan juga amat mengecewakan. Kini banyak warga asing mempunyai Mykad palsu… Patut le pembangkang beria-ria kata ramai warga asing pergi mengundi…

 

9.Pihak berwajib dengan kerjasama masyarakat setempat seharusnya memandang serius dengan kebanjiran warga asing yang tak terkawal ini. Saya tak nak tengok nanti Malaysia bukanlagi Malaysia seperti yang dulu-dulu