SPM di zamanku…!

image

Hampir 2 bulan saya meninggalkan blog personal ini kerana atas alasan pekerjaan. Sebenarnya saya masih sayangkan blog ini, sebab itulah saya baru rasa nak mengemas kini entry terkini.

 

Apa yang menarik untuk hari esok (6 Nov 2013)?

 

Bagi mereka yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, esok bermulalah peperangan saraf anda dengan kertas soalan yang akan diedarkan dan tugas anda ialah untuk ‘berperang’ dengan kertas soalan tadi. Inilah masanya untuk membuktikan apa yang anda telah pelajari di sekolah sejak dari tingkatan1 hingga tingkatan 5. Hampir 5 tahun anda di sekolah dan SPM adalah kunci dan juga penamat cerita anda ketika di zaman persekolahan. Ayuh! buktikan anda boleh menjawab soalan yang diedarkan, dan jangan lupa selawat dan baca doa apa yang sepatutnya sebelum menjawab kertas soalan.

 

Ketika di zaman kegemilanganku apabila SPM menjengah…

 

Pada tahun 1993 ketika itu, Sijil Pelajaran Malaysia berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM mula diperkenalkan di peringkat sekolah menengah menggantikan sistem yang sedia ada ketika itu, jika tidak silap, KBSM diperkenalkan pada tahun 1989 dan seingat saya ketika itu, kami adalah’batch’ pertama mengambil SPM berdasarkan KBSM.

 

Dengan KBSM ini, selain menggunakan buku-buku teks yang sedia ada, kami juga diminta untuk membeli mana-mana buku tambahan yang dicadangkan oleh guru yang mengajar. Biasanya buku latih tubi, sebab selain isi kandungan, latih tubi kan banyak soalan-soalan ? Kebiasaannya di sekolah saya, guru-gurunya pun suka menyalin soalan dari buku latih tubi (untuk peperiksaan setengah tahun). Maka di kepala otak pun hanya ingat soalan SPM mungkin ikut buku latih tubi…

 

Selain buku latih tubi, buku nota yang lain seperti untuk subjek perdagangan, akaun, ekonomi asas, fizik dan sebagainya terjual seperti pisang panas di zaman itu. Alasannya sebab tak boleh bergantung kepada buku teks semata-mata… (kata sesetengah guru yang mengajar). Buku nota keluaran Preston menjadi pilihan kebanyakan pelajar di zaman saya kerana notanya mengikut point tertentu dan diberikan nombor. Tetapi buku keluaran Preston diketepi kan kerana ada sesetengah point itu tak termasuk pun dalam sukatan pelajaran. Menghabiskan duit je beli.

 

Dan di zaman itu le saya lihat guru-guru di sekolah saya asyik membebel kerana anak murid asyik tak paham-paham apa yang diajarkan.. Maklumlah, kurikulum baru masa itu memang ambil masa dan kami ini jadi bahan eksperimen KBSM.

 

Walau bagaimanapun, zaman KBSM sudah pun berlalu dan saya rasakan KBSM masih gagal mencapai matlamat asalnya. Sebabnya mungkin sudah ketinggalan zaman walaupun hampir 20 tahun dilaksanakan. Masih ramai pelajar yang masih tak paham-paham di kelas, dan lebih memburukkan lagi, KBSM diwujudkan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah pelajar, tetapi jadi sebaliknya.

 

Kepada mereka yang mengambil SPM bespk, semoga anda berjaya….