Rajagopal masih lagi nak berangan-angan ke?

 

Susulan dari kekalahan pasukan Harimau Malaya kepada Qatar 0-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2014 pada 19hb November yang lalu…

 

1.  Dalam sidang akhbarnya, ketua jurulatih K.Rajagopal masih bersikap positif yang Malaysia masih boleh layak ke Piala Asia sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Yemen pada perlawanan terakhir pada bulan Mac tahun depan.

 

2. Sikap Rajagopal ini seolah-olah memasang angan-angan Mat Jenin, tidak rasa bersalah di dalam hati atas kegagalan Malaysia untuk mengalahkan Qatar, sebaliknya Malaysia dikalahkan dengan jaringan tipis.

 

3. Memang benar Malaysia boleh layak ke Piala Asia sekiranya berjaya mengalahkan Yemen, tetapi ia bergantung juga dengan beberapa perlawanan lain dari kumpulan yangh berbeza. Hanya sebuah sahaja pasukan kebangsaan dari kedudukan tempat ke-3 yang akan layak ke Piala Asia.

4. Dari segi kedudukan, Lubnan adalah pilihan kerana mengumpul 5 mata setakat ini. Malaysia hanyalah pilihan ke-3 dan jika Lubnan mencatat keputusan menang pada perlawanan terakhir, maka secara matematiknya Malaysia gagal ke Piala Asia.

 

5. Sudah-sudah le tu, dari berangan nak ke Piala Asia, lebih baik FAM tumpukan bagaimana caranya untuk memantapkan semula jentera pemain Malaysia dari pertahanan sampai serangan. Itu lagi baik dan lebih positif yang FAM dan jurulatih yang baru perlu lakukan kepada pasukan Harimau Malaya.

 

6. Eksperimen Rajagopal tidak berjaya!!!!