Percaya benar le dengan Villa Nabila…!

Untitled

Tajuk utama suratkhabar hari ini banyak memaparkan kisah seorang remaja yang hilang selepas mengunjungi Villa Nabila, tetapi selepas kehilangannya dilaporkan di TV, besok paginya baru muncul dan sebenarnya dia melepak di rumah kawannya (mungkin rumah teman wanitanya) di Bandar Dato Onn, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Tajuk besar “ Menyusahkan orang aje….!”

1. Dari pandangan saya, nak menyatakan yang budak ini menyusahkan orang tak boleh le juga, sebab cerita orang hilang di Villa Nabila ini bukanlah perkara baru, malah sebenarnya cerita yang sentiasa berulang-ulang.

2. Villa Nabila merupakan sebuah banglo tinggal. Dikatakan pemilik asalnya telah meninggalkan banglo itu selama 40 tahun.

3.  Kalau ditinggalkan terlalu lama, memang Villa Nabila akan menjadi tempat tinggal makhlus atau organisma yang lain, seperti entiti (makhluk yang kita tidak nampak), sarana serangga, pokok menjalar dan macam-macam lagi kehidupan, selain manusia yang akan tinggal di sini.

4. Semasa pembangunan Danga Bay, kononnya banglo tinggal ini gagal dirobohkan kerana mendapat gangguan dari makhluk yang tinggal di dalamnya. Sama ada cerita ini betul atau sebaliknya, saya tidak dapat pastikan.

5. Villa Nabila, walaupun sudah menjadi banglo tinggal, tetapi ramai manusia yang nakal suka mengunjungi Villa ini, terutamanya yang suka benda paranormal.

6. Villa Nabila juga sering ada ‘mat gian’, jadi tempat penagihan dadah.

7. Peliknya, sejak akhir-akhir ini ramai remaja belia kita yang ‘berani’ suka mengunjungi banglo tinggal ini. Sama ada mereka memang suka benda yang menyeramkan, atau sengaja nak cari penyakit ( nak jumpa hantu le sangat )

8. Khabar angin yang begitu pantas melalui media sosial berkenaan dengan 23 orang yang hilang selepas mengunjungi Villa Nabila, telah menyusahkan ramai orang dan polis kerana jalan yang berdekatan dikerumuni orang, dan jalan utama menjadi sesak.

9. Saya tidak mahu menyalahkan budak remaja yang menyusahkan itu, tetapi siapa yang membuat khabar angin di media sosial tersebut? Tak sampai 2 jam, cerita orang hilang keluar di TV…

10. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Pembuat khabar angin ini sepatutnya ditangkap, dan kemudian dihumban ke penjara , kerana mereka inilah yang sebenarnya menyusahkan orang, bukannya budak remaja itu tadi….