Pemalsuan Kad Pengenalan, bila akan berakhir?

Kes pembunuhan pegawai Ambank, Allahyarham Norazita Abu Talib sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak, terutamanya dari pihak yang berkenaan. Siapa mereka, saya tidak perlu menulisnya lagi.. Selain dari men’telanjang’kan beberapa syarikat kawalan keselamatan dan orang yang berpengaruh dengannya, kes ini juga telah memalukan Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) dan juga Kementerian Dalam Negeri secara langsung. Ini berkait rapat dengan cerita pemalsuan kad pengenalan (Mykad)

 

Saya mendapat Mykad yang pertama pada sekitar tahun 2001, ketika itu kerajaan mengatakan yang kegunaan Mykad ini adalah seiring dengan kemajuan pesat negara di bidang IT. Sebab itulah mereka wujudkan Mykad ini. Kononnya selain sebagai kad pengenalan, ia juga boleh memberikan maklumat seperti akaun bank, lesen memandu dan passport. Tetapi pada permulaan pengenalan cip Mykad ini, ada beberapa kelemahannya yang tersendiri. Mykad terlalu mudah rapuh bila ia di simpan lama kat dalam dompet.

 

Saya punya sendiri pun hampir reput Mykadnya dan terpaksa menukar kepada Mykad yang baru. Mykad juga terlalu mudah untuk rosak. Dalam kes pemalsuan Mykad ini, disebabkan permukaannya yang mudah reput dan nipis, Mykad Malaysia sememang mudah ditiru dan diulang cetak. Mereka yang mengambil untung dari pemalsuan Mykad ini hanya perlu mencetak dan menampal pada kad ‘kosong’ yang sudah tersedia dengan cip. Maka kerja penipuan Mykad amat berleluasa, terutamanya  kepada warga asing.

 

Itu yang menjadikan negara ini banyak sangat kaumnya, kerana Bangla pun ada Mykad, Pakistan pun ada Mykad, Indon pun ada Mykad dan mengiktiraf sendiri yang mereka ini rakyat Malaysia, padahal PATI. Diburukkan lagi bila mereka mengambil kesempatan menggunakan Mykad untuk tujuan mencari kerja, membuat jenayah dan mungkin juga mendaftar di SPR sebagai pemilih ‘berhantu’. Sebab untuk mendaftar di SPR cuma perlu isi borang sahaja, tanpa mendapatkan maklumat terperinci yang ada di dalam Mykad…

 

Amat malang kerana walaupun kita tahu Mykad mudah dipalsukan ( terutamanya Mykad yang jenis lama ), tetapi pembanterasannya agak perlahan, terutamanya di Sabah.  Dan yang mendapat nama pun orang Sabah juga, walaupun yang membuat onar itu ialah warga asing, guna alamat di Sabah.

 

Kes pemalsuan Mykad ini sedikit sebanyak telah memalukan KDN dan JPN secara langsung. Warga asing mudah mendapat kerakyatan hasil dari ‘membeli’ IC palsu. Tidak tahulah selepas ini, apa countermeasure dari pihak JPN bagi membanteras penularan IC palsu ini. Tidak hairanlah dalam 20 tahun ini, Bangla yang akan memimpin negara ini, sebab dia ada IC Malaysia, walaupun palsu..!

 

Dan makin banyak jenayah yang dilakukan oleh PATI…

Oleh kerana Malaysia sudah pun digegarkan dengan permasalahan ini, maka kerajaan menerusi agensi yang berkenaan perlulah bertindak..