Oh Safee…..

Ramai yang dah tau berita Safee Sali membuat pusingan U-Turned untuk bermain semula dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pada mulanya dan secara lisan Safee Sali menyatakan hasrat untuk menyarung semula jersi Selangor selepas kali terakhir bersama Selangor ialah pada tahun 2011. Walaupun Safee tidak pun menandatangani apa-apa kontrak dengan Selangor, tetapi dengan kembalinya Safee Sali bersama JDT, maka berkuburlah hasrat Selangor untuk mendapatkan khidmatnya.

 

1.  Moralnya, kalau dah berjanji tu, tunaikanlah janji. Jangan berjanji sesuka hati kerana ia akan merosakkkan hubungan baik Safee dengan bekas majikannya selama ini.

 

2. Apa dah jadi karier Safee bersama dengan Arema? ( Dahulunya Pelita Jaya FC)… Nampak gayanya peluang Safee untuk bermain semula di Indonesia semakin tertutup. Arema masih memanjangkan kontrak pinjamannya bersama JDT.

 

3. Kita lihat sepanjang Safee bersama JDT, hanya beberapa kali sahaja dia dapat bermain dan kerap menghangatkan kerusi di tepi padang. Itu pun sebab Fandi Ahmad tidak menggunakan Safee Sali sepenuhnya dan juga disebabkan injury.

 

4. Kebimbangan Safee jika ia kekal di Johor, dia mungkin tidak akan bermain bersama JDT, sebaliknya diturunkan darjat bermain dengan Johor FA ( JDT II ). Sebab itu pada mulanya Safee mahu ke Selangor. Tetapi Safee sudah pun berubah fikiran.

 

5. Semoga Selangor tidak bengang selamanya dan Safee tak payah le nak cari publisiti lagi.

Tingkat prestasi, kurangkan kontroversi…