Nelydia Senrose kini di Wikipedia

Untitled

Saya tak menyangka ada pula yang rajin buat artikel Wikipedia untuk Neldyia Senrose. Ini mesti Diehard fan yang buat ni…

 

Artikel di Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Nelydia_Senrose

 

Neldyia Senrose

 

1. Nama sebenarnya ialah Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, dilahirkan pada 30 Julai 1994 di Kota Bharu, Kelantan. Berdarah melayu dan Siam, menurut kata pengarang Wikipedia

 

2. Walaupun dilahirkan di Kota Bharu, keluarganya berpindah ke Selangor.

 

3. Memasuki bidang lakonan seawal umur 13 tahun. Drama pertamanya ialah Spa-Q, disiarkan pada tahun 2008.

 

4. Neldyia mula menjadi sebutan ramai selepas membintangi drama Setia Hujung Nyawa pada tahun 2012, di mana dia memegang watak utama dan ketika itu, rating drama ini adalah yang tertinggi dalam slot Akasia.

 

5. Belum ada apa berita lagi tentang filem pertama yang bakal menggunakan khidmat Neldyia sebagai watak utama.

 

6. Oleh kerana wajahnya yang seperti Pan Asian, nama Neldyia sering mendapat keyword tertinggi dalam pencarian Google. Entah apa yang dicari oleh peminat Neldyia, anda jawablah sendiri.

 

7. Anak-anak pun suka dengan Neldyia, melalui rancangan Strawberi dan Karipap, setiap hari Ahad, jam 11 pagi di Astro Ceria, untuk kita-kita aje…