Mr KJ kena positif dengan FAM….

Kebanyakan orang berpengaruh di dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula ‘berhati panas’ dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang suka menghentam FAM secara terang-terangan. FAM mula panas bontot kerana teguran Khairy Jamaluddin baru-baru ini (berkenaan dengan kawalan dan sistem jualan tiket perlawanan finale Piala Malaysia) ada kebenarannya, tetapi FAM memandang sepi perkara ini dan semacam tidak berpuas hati dengan YB KJ..

 

Tetapi FAM tetap dengan ego Luncainya ya..

 

Dalam temubual bersama media, KJ cakap tak kan menteri yang bertanggungjawab tidak boleh menegur pun FAM? Boleh ke lepas ni FAM nak gantung pak menteri semata-mata menegur untuk kebaikan FAM sendiri?

 

Jangan kata KJ, kebanyakan peminat bolasepak seluruh Malaysia sudah lama bosan dengan sikap FAM (terutamanya yang berpengaruh dan ada jawatan di FAM) yang memandang sepi kemahuan peminat bolasepak Malaysia. Kalau le rakyat Malaysia boleh mengundi di dalam FAM itu, dah lama kena tendang keluar muka-muka barua yang tak boleh terima teguran di dalam FAM tu.

 

FAM seakan-akan lupa yang pelanggan mereka ialah peminat bolasepak yang sanggup datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak, dan  menyokong pasukan kegemaran mereka. FAM seakan-akan lupa, selain duit yang diberi oleh pihak sponsor, penyokong bolasepak dan pasukan negeri / kelab lah yang menyumbang sumber kewangan FAM ( dari denda yang entah hape-hape dikenakan terhadap mereka yang bersalah ).

 

FAM seolah-olah tidak boleh ditegur lagi, mereka bongkak, riak dan sombong tidak bertempat. Tidak hairan le kalau Malaysia jatuh lagi rangkingnya. Kepada KJ, anda harus bersikap positif dengan FAM. Selagi boleh lanyak. lanyak aje FAM ni, jangan bagi muka sebab FAM sudah tidak berintegriti…