Kewajaran melupuskan kereta berusia 12 tahun?

Salam hormat saya kepada pembaca blog TGM.

Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan bahawa tak lama lagi kerajaan nak buat undang-undang baharu, yang berkaitan dengan kereta-kereta lama yang berusia lebih dari 12 tahun akan dimusnahkan dan pemilik kereta akan dibayar pampasan.

Bagi saya, cerita ini bukanlah cerita baru…

1.) Sekitar 2 tahun yang lalu, perkara ini hangat diperdebatkan di media-media sosial yang kononnya kerajaan akan melaksanakan undang-undang yang hampir serupa di beberapa buah negara di dunia ini, iaitu memusnahkan kereta lama ( scrap ) dan kemudiannya pemilik kereta tersebut akan dibayar pampasan RM5000 untuk membeli kereta baru.

2.) Walau bagaimanapun, sampai sekarang pun kerajaan melalui agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan, JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR ) belum membuat sebarang kata putus berkenaan dengan kaedah ini. Ramai rakyat yang membantah cadangan ini.

3.) Untuk renungan, harga kereta jika 12 tahun pun, kalau dijual semula mungkin hanya dapat paling tinggi pun ialah RM 8000 dan bergantung juga kepada jenis pengeluar dan model kereta tersebut. Adakah wajar RM 5000 diberi kepada pemilik kereta sebagai pampasan?

4.) Timbul pula cadangan baru untuk melupuskan kereta tua ini. Cadangan ini dikemukakan oleh  ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Profesor Dr Wong Shaw Voon pada 15 November mengenai kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya kerana terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

5.) Walaupun hanya cadangan sahaja, tapi nampaknya ramai yang bersuara. Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli kereta lagi. Rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana tidak akan menukar kereta. Mereka akan membeli kereta sekali sahaja.

6.) Selepas 12 tahun, kereta kena tukar baharu. Dan kena buat loan bank lagi.. Sampai bila kita mahu berhutang? Sampai ke tua le kita berhutang dengan bank pasal kereta.

7.) Kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dan saya tidak jangka kerajaan mahu melaksanakan kaedah ini buat masa yang terdekat. Harga kereta pun susah nak turun. Mekanisme yang terbaik ialah dengan cara menurunkan harga kereta. Tetapi penyelesaian ini hanyalah untuk jangka pendek.

8.) Memang benar, kereta yang terlalu lama akan mempunyai banyak masalah dan meningkatkan kos dari segi baik pulih dan penyelenggaraan. Penyelenggaraan yang lebih kerap kepada kereta lama perlu dilakukan jika anda tidak bersedia nak bertukar kepada kereta baru.. Saya sendiri pun tak sanggup nak berhutang sampai ke tua dengan pihak bank, melainkan kerajaan memikirkan cara atau mekanisme terbaik bagi penyelesaian kereta tua..

9.) Agaknya bila le kereta Suzuki Swift boleh diturunkan harga, atau pun jika betul perlu menukar kereta, bagi yang tak mampu, beli kereta Viva je,,,,

10.) Selain menanggung bayaran bulanan kereta (liabiliti hutang), duit juga perlu dikeluarkan untuk petrol, insuran kereta dan penyelenggaraan. Kebanyakan yang tak mampu beli kereta baru, bagi mereka cukuplah hanya 1 kereta 1 keluarga. Kos untuk kereta sahaja boleh mencecah RM 700 sebulan termasuk petrol (kos kereta lama Proton Wira sebagai contoh).

11.) Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan, saya harap pada waktu terdekat ini tidak akan ada penggubalan undang-undang untuk melupuskan kereta pada waktu ramai yang hidup susah… Dengarlah suara mereka yang di bawah. Dan bagi mereka yang sayangkan kereta lama, rajin-rajinlah buat maintenance… Jangan malas.. Duit pun kena keluarlah kalau buat maintenance kan?