Ke mana Sharlinie selepas 6 tahun hilang?

 

Pada tahun 2010, saya pernah menulis sebuah artikel berkenaan dengan kehilangan Sharlinie. Sehingga pada hari ini, Sharlinie masih tidak ditemui

 

1. Ketika kehilangan Sharlinie, umurnya baru mencecah 5 tahun. Kini sudah 5 tahun selepas kehilangan Sharlinie. Maka, Sharlinie mungkin sudah pun berumur 10 tahun. Kalau di sekolah, Sharlinie dah pun masuk darjah 4.

 

2. Amat malang sehingga kini, Sharlinie masih gagal ditemui, malah bukan sahaja Sharlinie, beberapa lagi kes budak hilang yang dilaporkan sehingga hari ini, mereka masih gagal ditemui, ataupun jika ditemui pun, ada yang sudah menjadi jenazah.

 

3. Walaupun kes Sharlinie ini macam sudah senyap aje, tetapi adakah kita pun tidak terasa kehilangannya, seperti mana penderitaan ‘kerinduan’ yang dialami oleh keluarga Sharlinie?

 

4. Sudah tiba masanya pihak yang berkenaan mengumumkan apa perkembangan kes kehilangan Sharlinie dan pihak keluarga Sharlinie pun perlu juga memberitahu apa perasaan mereka selepas 5 tahun kehilangan Sharlinie, jika tidak ramai orang tidak tahu apa perkembangannya…

 

5. Peringatan saya kepada mereka yang mempunyai anak kecil di bawah 5 tahun, kita perlu berwaspada. Kejadian budak hilang dan lenyap bukanlah kes yang pertama di Malaysia. Kita perlu perhatikan di mana anak kita berada ketika ini.