FAM buat lawak bodoh lagi, mata kemenangan untuk Piala Sumbangsih 2014

 

 

Jawatankuasa pertandingan FAM tak abis-abis mengubah lagi  format pertandingan.

Piala Sultan Hj Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih bertukar semula kepada format yang asal (memberi 3 mata kepada team yang memenangi perlawanan). Alasan bodoh diberi oleh AJK pertandingan ialah supaya pertandingan Liga Super lebih kompetitif.

 

Kompetitif ler sangat..!

 

Pada musim yang lepas, Piala Sumbangsih dijalankan berasingan dari Liga Super. Untuk musim 2014, siapa yang menang, secara automatik dia akan dapat 3 mata untuk mempengaruhi kedudukannya di Liga Super Malaysia. Agaknya pemenang dari piala manakah yang akan berentap untuk musim 2014? Mungkinkah  juara Liga Super Malaysia (Lions XII) akan menentang Kelantan (Juara Piala FA)? Atau Pahang (Juara Piala Malaysia) menentang Kelantan (Juara Piala FA)?

 

Akhirnya juara piala Malaysia yang akan bertemu juara Liga Super 2014. LionsXII akan berentap dengan Pahang. Maka musnahlah impian penyokong Kelantan mahu melihat pasukannya beraksi di Piala Sumbangsih.

 

Idea bangang FAM pada tahun sebelumnya, juara Piala FA akan berentap dengan juara Liga Super, sebab dua kejuaraan ini yang membawa pemenangnya ke Piala AFC.

 

FAM memang tiada integriti, suka mengubah format dengan  sesuka hati dan tiada pendirian.

Macam mana nak maju bolasepak  negara ini selagi FAM masih tidak berubah?

Bagaimana le agaknya penswastaan liga Malaysia ini ye nanti? Berubah lagi ke format Liga Super?