Anonymous akan mengganas lagi dan lagi dan lagi dan…..

TGM tidak berapa pasti sebenarnya kerja Anonymous ini dan apa kaitannya dengan beberapa buah kerajaan di dunia sehingga mereka mampu melumpuhkan sebahagian sistem dan laman web kerajaan. Terkini, beberapa Anonymous di serata dunia (atau mungkin di Singapura) telah menggodam laman web PM Singapura. Bukan itu sahaja, Anonymous telah menyerang beberapa laman web utama di Singapura kerana tidak berpuas hati dengan polisi yang kerajaan Singapura , terutamanya yang berkaitan dengan media sosial.

 

Di Indonesia pula, beberapa Anonymous Indonesia telah melancarkan perang dengan menyerang beberapa web utama kerajaan Australia, disebabkan Anonymous Indonesia tidak berpuas hati dengan Australia kerana mengintip maklumat dari Indonesia, dilaporkan hampir 170 laman web di Australia lumpuh kerana serangan Anonymous.

 

Nampaknya, bukan sahaja peperangan berbentuk fizikal , tetapi peperangan siber hampir ada sahaja dilaporkan setiap hari. Jika Anonymous ada di Malaysia, berkemungkinan laman web yang senang diserang ialah laman web kerajaan, sebabnya laman web kerajaan tidak teguh dari segi sekuritinya. Inikan pula baru-baru ini, laman web Google Malaysia pun kena godam.

 

Walaupun setakat ini belum ada laporan serangan Anonymous di Malaysia, tapi bayangkan jika Anonymous ini menyerang Malaysia, terutamanya laman web bank dan laman web kerajaan, mahu tak lumpuh nanti kita, sebab wang tak boleh keluar, atau pun silap haribulan duit kita jadi angka RM0.00…..