Akhirnya dia ditangkap

 

ardi-hamza-pembunuh-pegawai-bank-

Akhirnya tertangkap juga dia ni. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke longkang jua dia ni. Pembunuh yang lebih dikenali sebagai Ardi Hamza ini (melalui kad pengenalan palsu) atau nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela ditangkap di Tanjung Belungkor, di Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk cuba melarikan diri melalui lorong tikus dan mengambil bot ke Batam, Indonesia.

 

Berita ini telah disahkan oleh pihak polis sejak jam 12 tengahari tadi dan berita ini telah juga disiarkan di media elektronik tempatan malam tadi. Selepas ini diharap pihak polis, imigresen dan KDN meneruskan operasi membanteras pengeluaran Mykad palsu dan pengawal keselamatan yang tidak sah yang diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan dan harapan saya, ini adalah kes pertama dan terakhir, perlu dijadikan pengajaran kepada pihak berkuasa terhadap ketelusan , supaya rakyat Malaysia terjamin keselamatannya.