Tidak terniat ke hendak buka Homestay?

Rumah kayu pun boleh dijadikan Homestay jika anda mahu..

Salam hormat dan salam sejahtera kepada semua pembaca TGM di luar sana. Agak lama juga saya tidak menulis tentang bab berjalan ataupun melancong. Kalau saya statik menulis pasal isu semasa pun agak membosankan dan saya tidak mahu asyik kerap menulis tentang isu semasa sahaja. Oleh itu hari ini saya suka hendak bercerita tentang Homestay.

Seperti yang sedia maklum, homestay semakin lama semakin banyak yang muncul di pasaran. Hampir semua daerah di setiap negeri, ada sahaja orang perseorangan yang menyediakan kemudahan homestay ini. Maklum sahajalah kan, tidak semua daerah-daerah yang kecil mempunyai hotel dan hotel bajet pun selalu sahaja penuh. Maka jalan terbaik ialah menempah sebuah rumah yang telah dijadikan homestay.

Sekarang ini jika saya melihat dari segi pasaran, homestay amat banyak diperlukan terutamanya di tempat-tempat yang berdekatan dengan tumpuan orang ramai. Contohnya kalau di Johor (saya ambil contoh Nusajaya), Nusajaya popular dengan Legoland. Biasanya kebanyakan hotel di sekitar Nusajaya dan yang berdekatan sentiasa penuh, maka pilihan yang ada ialah mencari homestay.

Jika anda mempunyai rumah kedua atau sanggup duduk di rumah sewa semata-mata kerana hendak jadikan rumah sebenar anda sebagai homestay, inilah masanya untuk anda berbisnes. Perkara pokoknya ialah kemahuan anda sendiri. Setiap minggu anda akan mendapat dalam lingkungan RM250 hingga RM500 kerana ada sahaja orang yang menyewa homestay di rumah anda.

Tetapi sebelum itu, jika anda benar-benar berniat dengan dunia perniagaan homestay ini, anda perlu juga tahu apa yang perlu ada di dalam homestay. Di antaranya ialah :-

i.) Paling ideal ialah bila rumah anda itu berdekatan dengan tempat yang sentiasa dikunjungi orang dan biasanya mereka akan mengambil masa 2 atau 3 hari untuk menetap di daerah anda tinggal. Contohnya Gambang Water Park, Wet World, I-City (sekadar menyebut beberapa tempat.)

ii.) Harga sewa kenalah berpatutan dengan apa kemudahan yang anda beri di rumah tersebut dan jika anda tidak menyediakan ‘akta’ yang bukan-bukan. RM300 untuk sebuah rumah kayu amat berbaloi jika anda ada menyediakan ASTRO, dapur, serta katil dan almari yang bersih. Bergantung kepada saiz rumah.

iii.) Menyediakan kemudaha seperti yang saya sebutkan tadi. Paling kurang pun sediakan tempat untuk tetamu berehat (macam sofa, set meja makan) serta kemudahan bersantai seperti TV, radio dan internet jika boleh.

iv.) Kalau boleh homestay tersebut perlulah diselenggara (maintenance). Selain pembersihan dan hiasan, sistem paip air dan elektrik juga perlu dilihat. Jangan pula elektrik wiring berselirat di siling rumah. Yang paling penting, biarlah Homestay anda sentiasa bersih dan kurang habuknya.

v.) Di bilik tidur pula, kalau boleh semburlah dengan perfume, bagi wangi.

vi.) Lebih bagus jika di rumah yang dibuat homestay tadi mempunyai tempat parking yang luas, boleh memuatkan 2 buah kereta (paling minimum) atau pun jika tidak pun pastikan ada ruangan untuk kemudahan meletakkan kenderaan.

Saya mengharapkan supaya lebih ramai lagi yang mampu membuka homestay dan membuat bisnes dengan cara ini. Memang lumayan.