Survey Teluk Sengat : Mencari Hotel dan Homestay

Salam hormat dan kembali lagi sekali di web TGM ini. Pencarioan terakhir saya di Teluk Sengat ialah mencari tempat untuk bermalam di sekitar Teluk Sengat ini, jika niat untuk bermalam sehari dua.

 

Jika anda berniat untuk tidur di hotel, hotel yang terdekat yang anda boleh pergi ialah di Desaru atau di Bandar Penawar. Jauhnya dari Teluk Sengat adalah dalam 20km ke atas. (Mengambil masa lebih kurang setengah jam). Sememangnya tidak ada hotel pun di sekitar kawasan kampung yang berdekatan di Teluk Sengat dan ditambah lagi jika anda cuba mencarinya di internet, jawapannya ialah tidak ada.. Janganlah anda bermimpi untuk tinggal di hotel 3 bintang.

 

Untuk tujuan bermalam di Teluk Sengat, jika anda ada saudara dekat sekitar Kota Tinggi, Felda Air Tawar 5, Desaru dan Bandar Penawar, memang moleklah jika anda bermalam sahaja dengan mereka. Itu kalau anda ada saudara di kawasan sekitar, tetapi apa katanya kalau kita melihat kepada tempat penginapan yang agak ringkas, seperti chalet dan homestay.

 

Di internet, rating pertama yang pihak Google sandarkan ialah Bob’s Homestay. Apa ada dengan Bob’s Homestay? Dan apa kemudahannya. Cuba saya singgah sebentar di Facebook Bob’s Homestay.

Inilah link ke Facebook Bob’s Homestay : https://www.facebook.com/pages/Bobs-Homestay/336315441092

 

Bob's Homestay

Bob’s Homestay adalah antara yang terkenal bagi pengunjung yang pernah tiba di Teluk Sengat. Bagi yang suka memancing, mahu bersantai dan suka dengan kawasan tebing sungai, Bob’s Homestay adalah jawapannya. Walaupun website Bob’s Homestay ini sudah lama ‘death’ link, tetapi Bob’s Homestay tetap dikenali. Bob’s Homestay ini lebih kepada resort mini.

 

Antara gambar-gambar yang ada di internet untuk Bob’s Homestay :-

imageimage

 

imageimage

 

imageimage

Foto kredit untuk blogger dari :-

1.) http://picisan-kuliketip.blogspot.com

2.) http://wanzai99photography.blogspot.com

3.) http://www.josheen.net

 

Dari segi caj bilik, saya tidak dapat pastikan berapa. Ada beberapa rakan saya  beritahu, harganya bergantung kepada berapa besar bilik yang disewa atau berapa pax. Jika 8 orang, harganya ialah RM270 untuk semalaman. Bob’s Homestay agak sesuai bagi mereka yang suka buat perjumpaan keluarga (Family Gathering) yang berskala kecil. Harga untuk memancing di sekitar Homestay ini dan berkayak tidak termasuk dalam pakej RM270.

 

JOJO Rakit

Mengapa namanya Jojo Rakit, bukannya Rakit Jojo? Hanya pemiliknya sahaja yang boleh menjawabnya. Jika anda memang kaki pancing di rakit dan hendak bermalam di atas rakit, jawapannya ialah JOJO Rakit adalah yang terbaik. Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, berdekatan jugalah dengan Teluk Sengat. Jika anda sukakan cabaran untuk bermalam di atas air, Jojo Rakit adalah jawapan kepada anda, mahu cuba? Anda boleh menghubungi pemiliknya. Maklumat lanjut anda boleh lihat di sini.

http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/jurnal-destinasi/366-jojo-rakit

image

image

image

Harga sewa untuk semalaman bagi bilik besar RM100, bilik sederhana RM80, bilik kecil RM70. Jojo Rakit juga ada menyediakan perkhidmatan sewa bot jika anda berminat untuk memancing jauh sedikit dari kawasan tebing atau pun muara, dengan syaratnya bot anda mesti di dalam kawasan Malaysia dan tidak terbabas masuk ke Cangi, Singapura. Susah nanti jika terbabas ke SIngapura sebab nampak macam dekat sangat Singapura dari Jojo Rakit. Maklumat lanjut berkaitan dengan Jojo Rakit ini anda boleh pergi terus ke website mereka. http://www.jojorakit.com/

 

Hasnah Homestay

Jika anda lebih sukakan Homestay yang berbentuk sebuah rumah, sebenarnya memang ada. Yang agak terkenal di dunia internet ialah Hasnah Homestay. Berdekatan dengan Restoran Makanan Laut Teluk Sengat, Hasnah Homestay agak sesuai bagi mereka yang ada anak-anak kecil dan juga jika membawa bersama dengan warga emas untuk bersantai di Teluk Sengat ini. Sewanya pun berpatutan, satu hari ialah RM130 dari Jumaat hingga Ahad dan jika hari Kelepasan Am dan cuti sekolah, harganya ialah RM150.

imageimage

Anda boleh menghubungi pemiliknya di talian 0127534205 untuk menempah Homestay Hasnah.

 

Sebenarnya jika betul-betul dan jika ada promosi, banyak sebenarnya Homestay berbentuk rumah seperti Hasnah Homestay ini di sekitar Teluk Sengat. Walau bagaimana pun, jika rakan-rakan blogger yang lain dan anda dari Teluk Sengat yang tahu di mana Homestay yang lain (terutamanya di sekitar Johor Lama dan kampung yang berdekatan) sila beritahu saya. Kita akan war-warkan anda di dunia internet.