Survey ke Teluk Sengat : Panorama di Teluk Sengat

Salam hormat dari saya, admin TGM. Survey saya belum habis lagi terhadap Teluk Sengat, Johor. Dan untuk post kali ini, saya cuba untuk menjejaki apakah pemandangan yang indah yang pernah diambil oleh jurufoto-jurufoto atau rakan-rakan media sosial yang lain. Maka pencarian saya pada panorama Teluk Sengat pun bermula sekarang…

 

Saya ‘Search’ Google’ dan ‘Bing’ untuk mencari panorama terbaik di mana ia mampu memberi gambaran kepada saya tentang Teluk Sengat ini sendiri dan kenapa kawasan kampung ini diberi nama Teluk Sengat?

Kalau diikutkan sejarah, bagaimana ianya mendapat nama tidak dapat dipastikan kerana tiada sejarah bertulis tentangnya. Mungkin dulunya sebab orang-orang di sini pernah disengat oleh sesuatu dan kebetulannya pula kawasan ini berdekatan dengan pusat pemerintahan Johor Lama, maka Teluk Sengat dberi nama…

 

Berbalik pada panorama terbaik , saya rasa gambar-gambar di bawah ini adalah yang terbaik…

 

Gambar 1 : Buaya bergelimpangan dan diberi makan oleh pihak penjaga zoo, di Taman Buaya Teluk Sengat.

 

Gambar 2 : Jeti Teluk Sengat yang sepi dan tidak menarik hati saya untuk pergi ke sini, tetapi mahu melihat kemeriahan kaki pancing mendaratkan ikan

 

 

Gambar 3 : Foto diambil daripada Jeti… ( foto sumber : http://amanicintaku.blogspot.com )

 

Gambar 4 : Laluan untuk ke Jeti, Homestay dan tempat makan di Teluk Sengat

 

 

Gambar 5 : Gambar matahari tenggelam sejurus senja ( foto diambil dari http://rosinaaziz.blogspot.com )

 

image

Gambar 6 : Rumah sekitra Teluk Sengat

 

image

Gambar 7 : Medan Selera Teluk Sengat.. Itu pun tutup

 

Nampak gayanya saya tidak dapat banyak input berkenaan dengan panorama di Teluk Sengat oleh blogger yang lain. Bagi saya tak mengapa… saya kena pergi sendiri Insya Allah…!

 

image