Ron92 kembali ke pasaran Malaysia

Salam hormat dan selamat kembali membaca di 'The General Manager'. Semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan barangan pengguna telah memaklumkan di dalam media perdana, di mana kerajaan mungkin akan memperkenalkan semula minyak jenis Ron92. Dahulunya minyak ini saya gelarkan minyak merah dan padq sesiapa yang pernah menggunakan Ron92, anda pasti bersetuju dengan saya yang minyak ini amat popular selepas kerajaan pimpinan PM Pak Lah ketika itu menaikkan harga petrol Ron98 sehingga RM2.60 seliter sebelum pengenalan minyak Ron95 pada tahun 2009.

Alasan kerajaan ialah bagi mengurangkan beban rakyat disebabkan kenaikan harga minyak Ron95. Jika Ron92 diperkenalkan semula, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih minyak mana yang mereka mahu gunakan.

Sebenarnya pada pendapat saya, lebih baik tidak perlu memperkenalkan minyak alternatif. Ron92 atau minyak merah ini adalah minyak berplumbum. Kebanyakan kereta yang direka dan yang ada di atas jalan kebanyakannya direka menggunakan minyak tanpa plumbum. Maka apa rasionalisasinya memberi pilihan kepada rakyat menggunakan minyak berplumbum? Memang minyak ini murah, tetapi minyak merah bukanlah pilihan untuk rakyat. Mana perginya slogan sayangkan bumi jika minyak Ron92 dijual semula? Produk elektrik pun sudah tiada berplumbum di pasaran, minyak kenderaan pula ada plumbum? Tidak hairanlah selepas ini semakin tidak berkualitilah hidup rakyat kerana akan banyak kereta yang cepat rosak kerana minyak murah berplumbum.

Adakah anda bersetuju dengan kerajaan dengan memperkenalkan semula minyak berplumbum ini? Berapa harganya nanti... RM1.90?