Pestabola Merdeka : Sudah hilang kemeriahannya

Salam sejahtera kepada pembaca blog ‘TGM’ ini. Semoga anda tidak jemu membaca walaupun blog ini tidaklah sehebat blog yang lain.

 

Malam tadi, pasukan Harimau Muda A yang mewakili Malaysia dalam pertandingan yang dianjurkan oleh FAM sejak selepas merdeka, (Pestabola Merdeka) telah menewaskan Thailand dengan jaringan 3-0. Saya bukanlah untuk menulis secara lebih mendalam berkaitan dengan perlawanan itu, tetapi tentang Pestabola Merdeka itu sendiri.

 

Di zaman selepas merdeka, ketika itu pasukan bolasepak di Malaysia amat disegani. Beberapa pasukan negara yang lain pasti akan bertandang ke Kuala Lumpur untuk cuba berlawan dengan Malaysia dan pasukan yang kerap bertempur dengan Malaysia ketika itu ialah Korea Selatan, Singapura, Jepun dan beberapa negara eropah yang lain. Korea Selatan menyertai pertandingan ini hampir setiap tahun (sehingga penyertaan terakhir mereka pada tahun 1985). Penonton yang menyaksikan Malaysia bermain berduyun-duyun ke Stadium Merdeka bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka. Nama Malaysia amat digeruni.

Kini…

 

Pestabola Merdeka sudah kehilangan pengaruhnya di rantau Asia. Jika dahulu bila menjemput pasukan dari negara lain, mereka pasti akan datang bermain.. Tetapi kenangan hanya tinggal kenangan. Malaysia jatuh merudum dari segi ranking kerana ketidak perihatinnya pemain dan pentadbir di FAM untuk memajukan bolasepak. Lebih mengejutkan pada tahun 1994, skandal rasuah membadai Liga Malaysia sehingga ramai pemain digantung seumur hidup dan Pestabola Merdeka dijauhi oleh Korea Selatan, Jepun, China, Bosnia dan England. Mereka menolak mentah-mentah pelawaan Malaysia untuk menyertai Pestabola Merdeka

 

Sejarah Pestabola Merdeka sepatutnya tidak boleh luput ditelan zaman. FAM harus merencanakan sesuatu supaya perlawanan Pestabola merdeka ini mampu menarik minat nama-nama pasukan yang besar seperti Argentina, Brazil dan Jerman, walaupun di bawah 23 tahun. Mana tahukan, Pestabola merdeka akan menjadi acara wajib dalam kalendar FIFA pula… Sekadar satu cadangan sahaja…